SOP Penanaman Ubi Manis / Ubi Keledek

1. Ubi manis atau keledek semakin diminati ramai kerana kerana keenakan rasanya yang manis serta berkhasiat. Harga Ubi manis di pasaran adalah sekitar RM6-7 manakala harga borong sekitar RM2-3 sekilogram.

2. Tanah seluas empat hektar dapat menghasilkan hasil ubi manis sebanyak 1,500kg sehari. tenaga kerja yang diperlukan adalah 10 orang.

3. Kawasan yang sesuai untuk tanam ubi manis sebaiknya ditanam di atas batas. Saiz batas adalah 60 – 90 cm lebar dan 30 – 40 cm tinggi.

4. Pastikan buat sistem pengairan dan perparitan yang bagus untuk elak air bertakung. Musuh utama ubi manis adalah kemarau yang berpanjangan dan air hujan berlebihan.

5. Keperluan asas bagi ubi manis adalah mempunyai suhu diantara 24°C hingga 32°C. Taburan hujan sekitar 750 – 1000 mm setahun.

6. Jenis tanah adalah peroi, bersaliran baik dan tinggi kandungan bahan organan seperti tanah lom dan lempung pasir. pH tanah diantara 5.5 – 6.5.

7. Cara Penanaman di ladang menggunakan keratan batang sekitar 25 – 30 cm panjang. Manakala jarak tanaman adalah 25 – 30 cm dalam baris, 90 – 120 cm antara baris.

8. Kepadatan tanaman/ha : 27,777 – 44,444. Teknik penanaman, keratan batang ubi manis ditanam secara sending 45°, manakala kedalaman 15 – 20 cm.

9. Pengurusan Air – tanaman ubi manis memerlukan air terutamanya di peringkat 2 bulan pertama penanaman secara manual atau sistem pengairan renjis.

10. Masa kutipan hasil ubi manis adalah diantara 3 – 5 bulan selepas menanam. Tanda kematangan boleh dilihat dari daun bahagian bawah bertukar kekuningan dan beransur layu.

11. Ubi manis mestilah kering dan disimpan tempat teduh yang terbuka.

12. Anggaran pengeluaran dan potensi pendapatan  untuk 1 hektar adalah 17,500 kg. Contohnya kita jual dengan harga RM2 sekilogram, pendapatan Kasar/ha RM35,000 tidak termasuk kos operasi.

13. Ubi manis boleh dituai sebanyak tiga kali dalam setahun. ubi manis matang dan boleh dijual selepas tempoh tiga bulan.

14. Penggunaan baja padi dan penyediaan sumber air yang mencukupi sangat penting dalam memastikan dapat hasil ubi keledek yang berkualiti .

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa share sekian terima kasih – Sifudurian

Sumber: Jabatan Pertanian Pulau Pinang dan di terbitkan semula oleh Sifudurian

Leave a Comment