“Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya” – Ayu Damit

1. Ketika awal pembabitan dalam bidang pertanian itu, Ayu sama sekali tidak menyangka tanaman cili fertigasi itu mampu mendatangkan hasil dan mendapat permintaan tinggi.

2. “Saya sentiasa berpegang kepada kata-kata, jika kita berbudi kepada tanah maka itu juga sebahagian ibadah dalam menyuburkan alam dengan memberi manfaat dan kesenangan kepada orang lain.

3. Ayu Damit mengatakan, apabila tengok ladang menghijau dan tanaman subur dengan baik, nikmat itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

4. “Hanya kerana saya seorang artis bukan penghalang untuk saya ceburi bidang pertanian kerana apa saya lakukan ini kerana minat dan masa depan keluarga” katanya.

5. “Alhamdulillah kami mula nampak hasilnya apabila permintaan daripada pemborong sangat tinggi, malah sampai ada yang datang sendiri ke kebun untuk beli cili,” ujarnya.

6. “Hasil yang diperoleh hari ini tidak datang bergolek sebenarnya. Kegagalan dalam mengusahakan tanaman mengajar bahawa jika hendak melakukan sesuatu tidak boleh cepat berputus asa hanya kerana usaha tidak berhasil.

7. “Cabaran dan rintangan itu biasa dalam apa juga situasi, cuma kita perlu tahu bila hendak berhenti dan cepat berfikir pelan seterusnya,” katanya.

8. “Kebiasaannya kami akan mengupah 10 ke 15 pekerja tambahan dan mereka akan mengutip cili tiga kali dalam masa seminggu ketika musim menuai, selain menabur baja dan menyembur racun serangga perosak.

9. Melihat potensi pertanian cili fertigasi mampu mengembang memandangkan ia mendapat permintaan tinggi, Ayu berkata, dia dan suaminya berharap dapat memperluaskan empayar mereka dalam bidang pertanian.

10. “Macam sekarang ada 16,000 pokok cili pun tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran dan kami melihat ia mempunyai potensi besar katanya.

Diharap kejayaan Ayu dalam bidang pertanian dapat menyuntik anda untuk berkecimpung dalam dunia pertanian kerana ia adalah satu perniagaan – Sifudurian

Sumber: mStar Online

Leave a Comment