Kurangkan Berat Badan dengan Lidah Buaya – Tips dan SOP Penanamannya.

1. Lidah buaya atau Aloe Vera adalah satu tanaman yang tidak asing lagi dalam dunia kecantikan. Ianya mempunyai banyak sekali manfaat dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan di rumah.

2. Cara penanaman pokok lidah buaya di rumah ini sangat mudah sekali. Pertama sekali, adalah dengan menyiapkan bekas atau polybag yang sesuai. Jangan lupa untuk tebuk polybag, bagi pengudaraan yang baik untuk tanaman.

3. Seterusnya adalah dengan menyediakan medium tanah. Anda disarankan untuk memilih tanah yang kering atau yang mempunyai campuran pasir.

4. Akar lidah buaya sangat pendek dan ia mempunyai daun yang berat. Selepas tujuh hari, tunas lidah buaya akan tumbuh sehingga mencecah 10 cm atau lebih.

5. Jika tunas sudah lebih dari 10 cm, segera dipisahkan ke dalam pot atau polybag yang berbeza.

6. Lidah buaya menyukai kawasan yang ada cahaya matahari terus selama 8 hingga 10 jam dalam sehari. Ianya sangat sesuai dengan suhu yang panas dan hangat.

7. Cara penyiraman air pula adalah secara berkala, kerana pokok lidah buaya mempunyai storan air yang tinggi seperti kaktus. Penyiraman air yang berlebihan boleh membuatkan tanah menjadi lembap dan membusuk.

8. Lidah Buaya tidak memerlukan pembajaan yang kerap, cukup setahun sekali. Penggunaan baja berlebihan boleh menyebabkan tanaman tidak tumbuh dengan baik.

9. Antara baja yang bagus untuk mempercepatkan pertumbuhan pokok adalah baja yang rendah kandungan nitrogennya, rendah kalium dan tinggi fosforusnya.

10. Lidah Buaya mempunyai nutrien dan bahan penting termasuk air, vitamin A, B, C, dan E. Selain membantu merawat luka dan sunburn, lendir Lidah Buaya dapat membantu untuk menurunkan berat badan.

Artikel ini dipetik dari MyAgri dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Leave a Comment