Berat Kambing BOER Naik 4KG Sebulan – Inovasi Proplus

Proplus adalah satu inovasi gabungan tenaga kerja yang menjayakan Projek Pembiakan Kambing Boer. Inovasi ini telah mendapat pengiktirafan sebagai johan Dalam Kategori Teknikal Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2009.

Inovasi ini digunakan kepada kambing jenis Boer. Kambing ini adalah kambing baka yang dicipta di Afrika Selatan pada awal 1900an. Boer adalah perkataan dari bahasa Afrikaans yang membawa maksud peladang atau petani.

Inovasi Proplus ini dikatakan telah berjaya membantu menaikkan berat badan kambing Boer sebanyak 4kg. Berikut adalah resepi Proplus (sesuai untuk makanan 50 ekor kambing boer)

1. 16kg Rumput Hancur (40%)
2. 8kg hampas soya (20%)
3. 8kg Pellet (20%)
4. 250g molasn + 7.75kg Air (8kg) (20%)

Kos Keseluruhan bagi resepi Proplus RM12.02
Kos makanan untuk seekor RM0.24

Terdapat beberapa petua bagi penjagaan Kambing Boer ini antaranya adalah ;

1. Anak kambing yang baru lahir hendaklah diberi susu ibunya dalam tempoh 24 jam. Sekiranya gagal berbuat demikian, ianya akan menyebabkan anak kambing mati.
2. Tempoh bagi kambing boer bunting adalah 5 bulan dan dalam tempoh ini, kambing jantan tidak boleh mendekatinya.

Berikut adalah contoh anggaran pendapatan daripada beberapa penternak Kambing Boer di bawah Suara Risda. Kos projek selama 8 bulan RM93,950.00. Hasil jualan kambing adalah RM110,175.00 dan untung bersih bagi penjualan kambing ini boleh mencecah sehingga RM16,225.00.

Artikel ini dipetik dari Majalah Suara Risda 2009 dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Sekiranya artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di Facebook. – SifuDurian

Leave a Comment