Kaya dengan Antioksidan, Soya Banyak Khasiat – SOP Penanaman Kacang Soya

1. KACANG soya (soya bean) dengan nama saintifik Glycine max dari famili Leguminosae berasal dari Asia Timur tetapi pengeluaran sekarang sebanyak 55 peratus adalah dari Amerika Syarikat. Pokok yang matang setinggi 60 sentimeter (sm) akan mengeluarkan bunga berbentuk rama-rama berwarna ungu dan keluar di bawah ketiak daun antara 31 dan 40 hari selepas ditanam.

2. Bagi penyediaan tanah bagi penanaman soya digalakkan menggunakan tanah peroi. Selain itu, saliran mestilah baik untuk mengelak dari air bertakung.

3. Tanah mestilah dalam keadaan pH tanah yang sesuai adalah di antara 5.5 dan 6.5. Tanah perlu dibajak untuk mendapatkan tekstur yang gembur. Bagi proses pengapuran perlu bagi tanah yang berasid dan dijalankan dua atau tiga bulan sebelum menanam.

4. Kadar biji benih yang disyorkan adalah 50kg/ha. Biji benih perlu dirawat dengan racun kulat sebelum ditanam dan disuntik dengan Rhizobium japonicum iaitu dengan mencampurkan 10gram rhizobium dengan 250 ml air bersih untuk setiap 10 kg biji benih.

5. Seterusnya, jarak tanaman yang sesuai adalah 102sm x 2.5 sm atau 46 sm x 15 sm atau 66sm x 10sm mengikut kesuburan tanah dan varieti kacang soya.

6. Bagi proses pembajaan pula, kadar pembajaan adalah 20N:41P2O5:41K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah.

7.Racun rumpai pracambah seperti Lasso boleh digunakan sebelum proses menanam kacang soya. Kawalan rumpai secara manual dijalankan 1 -2 kali sebelum pokok berbunga.

8. Antara penyakit yang boleh hinggap pada tanaman kacang soya adalah Lalat kacang Melanagromyza Sojae namun boleh dikawal dengan racun serangga yang bersesuaian. Selain itu, perosak lenggai, Etella zinckenella juga boleh dikawal dengan racun serangga Diazinon.

9. Bagi proses penuaian atau pemungutan hasil, hasil kacang soya boleh dipetik apabila lenggai bertukar warna kekuningan iaitu selepas 79-110 hari ditanam. Anggaran hasil kacang soya adalah 2.2 tan/ha.

10. Kacang soya boleh dijual dengan harga RM3 sekilogram mengikut jenis dan gred kacang soya tersebut. Tips bagi menghasilkan produk kacang soya seperti tauhu keras, air soya dan taufufa adalah dengan menggunakan kacang soya yang berasal dari Kanada dan USA. Ianya juga kaya dengan antioksidan dan sumber protein.

Artikel ini dipetik dari CacingMerah dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Leave a Comment