Cara Mudah Mengatasi Kulat Hawar Daun

1. Baru-baru ini saya ada tulis satu artikel berkenaan Pengurusan Buah-Buahan Nursery. Ada yang bertanya diruangan komen. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah Kulat Hawar Daun?

2. Perasan tak tiba-tiba sahaja daun pokok durian yang masih dalam polybag atau yang baru ditanam di tanah diserang penyakit.

3, Daun menjadi kekuningan dan seperti terbakar.

4. Ianya berpunca dari serangan penyakit Kulat Hawar Daun, Kita tidak dapat melihat serangga dengan mata kasar, dan yang paling teruk ia akan merebak pada pokok yang lain dengan begitu pantas.

5. Cukup tiga hari pokok akan mulai layu dan daun berguguran.

6. Antara cara mengatasinya adalah dalam dapatkan racun kulat yang berkualiti. tanya saja pada penjual racun untuk hawar daun pokok durian.

7. Pastikan kadar bancuhan racun pekat/tua. Kemudian, sembur sehingga lencun dan mengena semua atau menyeluruh (daun, ranting, batang, dan tanah).

8. Sekiranya hujan, sembur lebih lama. Sembur pada waktu pagi sekali sehari. Jangan lupa untuk membuat pemerhatian setiap pagi dan ulangi semburan jika perlu.

9. Akhir sekali, asingkan pokok yang sudah dijangkiti penyakit hawar daun.

Alhamdullilah, setakat yang saya amalkan, pokok saya tidak lagi dijangkiti penyakit ini. Selamat Mencuba!

Artikel ini dipetik dari FB Ramli PT FLORA dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Leave a Comment