Ni Tips Paling Mudah Tanam Jagung Gred A!

Harini admin akan kongsikan 10 tips paling mudah untuk tanam jagung Gred A. Kenapa step ni paling mudah? Sebabnya perkongsian daripada Encik Azwan ini menyatakan anaknya yang baru berusia 5 tahun pun dah pandai tanam jagung. Korang nak tahu? Teruskan pembacaan ya.
.
1. Tanam jagung dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbah 2 tanah + 1 pasir + 1 organik.

2. Kemudian, tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih 1 point. Tekankan biji benih sampai tenggelam dalam 1 inci. Siram dengan air untuk melembabkan tanah.

3. Benih akan mula bercambah selepas 3-5 hari.

4. Bila benih sudah menumbuh, siram dengan air setiap hari. 1 point 200-500ml.

5. Hari yang kesepuluh sudah boleh siram dengan air baja. Larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0mS. 500ml setiap point.

6. Bila pokok sudah berusia 10 hari, pengawalan serangga sudah bleh dilakukan. Petani disarankan menggunakan racun buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu.) Sembur awal pagi ya!

7. Racun disembur dua kali seminggu sampai hasil jagung dituai. Apabila pokok berusia 21 hari. siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point, kepekatan 2.0mS

8. Hari lain boleh siram dengan air biasa. Ulang langkah siram air baja 2 kali seminggu sehingga pokok berusia 30 hari.

9. Pada hari ke 31, siram pokok dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. anggaran 1-2 liter 1 point, kepekatan 2.5mS

10. Pokok boleh dituai setelah 63-70 hari ianya ditanam. Jagung boleh ditanam dalam pasu, tong cat dan dalam tayar. Hasilnya semua buah adalah gred A dan isinya penuh.

Selamat Mencuba!

Artikel ini dipetik dari Azuan Abdullah dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Leave a Comment