Jagung susu yang terkenal di Cameron Highlands kerana rasanya yang manis dan berlemak berpotensi dijadikan sebagai satu perniagaan komersial. Jagung ini seringkali ditanam di Cameron Highlands namun kini boleh dijumpai di kawasan seperti Kota Bharu, Kelantan.
Kawasan yang seluas 0.4 hektar, 20,000 pokok jagung boleh ditanam dan petani mampu memperoleh lebih RM10,000 setiap musim penanaman yang mengambil masa dua bulan.
1. Kadar subur bagi tanah adalah 5.5-6.5ph, sebelum mula menanam, tanah di biarkan 1-2 minggu. Kemudian melakukan pembajakan tanah.
2. Taburkan baja tahi ayam sebelum menaburkan benih di atas batas.Tanah perlu dinaikkan supaya pokok dan kawasan terhindar air yg bertakung
3. Benih jagung hendaklah direndam terlebih dahulu lebih kurang 1 jam dan terus tanam benih kering lalu disiram.
4. Jarak tanaman yang sesuai adalah antara batas kiri dan kanan 3-4 kaki, jarak antara pokok dalam batas yg sama adalah 2kaki bagi selubang 2 pokok atau jarak antara pokok dalam batas yg sama adalah 1kaki hingga 1.5kaki jika selubang 1 pokok.
5. siram dengan kadar 30-45minit setiap plot setiap hari apabila pokok mencapai hari ke-50 hnya siram waktu pagi atau petang dengan kadar 30-45minit 1 plot selang 1 hari. Hentikan siraman bila usia pokok jagung mencapai 64hari.
6. Pembajaan baja subur atau npk hijau boleh dilakukan pada hari ke 12-15 dengan kadar sukatan adalah 8-10gram 1 pokok. Taburkan pada jarak 3inci dari pangkal pokok.
7. Meracun rumput dengan menyembur racun pada hari ke-17 (rumput bawah separuh lututatau bergantung jenis rumput)dengan sukatan 78ml bg 10 liter air. Sembur hanya pada rumput.
8. Bagi pembajaan baja buah atau npk biru, pembajaan buah di lakukan pada hari ke-30 hingga 35 hari, di lakukan sebelum bunga jantan keluar dan kaedah yang dilakukan tutup sedikit dengan tanah baja yang di isi pada pangkal pokok.
9. Bagi Anak jagung, pada hari ke-50-54,pokok mula mengeluarkan anak jagung. Ianya boleh di petik pada yg bawah sekali,simpan yang atas sekali hnya satu biji. Simpan 1 pokok 1 tongkol untuk menjaga kualiti buah dan kecukupan baja bagi keperluan pokok.
10. Jagung boleh di petik pada hari ke 65-75 bergantung pada varieti yg di tanam dan keadaan cuaca.Tips memilih jagung yg sudah masak atau kekuningan adalah warna bunga pokok kekeringan sedikit, kulit buah berwarna hijau pekat sedikit, rambut jagung keperangan coklat, tongkol jagung terasa kemas apabila di pegang, dan dipetik tepat pada waktunya.