
Mengambilkira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.
Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut
BAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT KELAYAKAN
TARIKH PENTING
- Permohonan baharu BPN 2.0 dibuka mulai 15 Oktober – 15 November 2020 (1 bulan) KEPADA YANG TIDAK LULUS/GAGAL.
- Peringatan kepada penerima BPN yang layak sebelum ini, anda tidak perlu mengisi apa-apa borang.
- Bayaran Fasa Pertama – Hujung Oktober 2020
- Bayaran Fasa Kedua – Januari 2021
Bagaimanakah cara untuk memohon BPN 2.0?
Permohonan BPN 2.0 boleh dibuat melalui
- Dalam talian https://bpn.hasil.gov.my;
- Penghantaran borang manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM. Borang permohonan boleh dimuat turun di portal https://bpn.hasil.gov.my.