Petua Orang Dulu-Dulu Berkebun

Anak benih dalam polibeg akan ditanam di kebun pada awal pagi atau waktu petang. Menanam pada waktu tengahari menyebabkan pokok kepanasan dan berisiko mati.

Diletakan pelindung panas dengan menggunakan pelepah kelapa yang dipancang sekeliling pada anak pokok.

Ada pendapat yang mengatakan menanam pada waktu petang adalah amat sesuai sebab pokok yang berjumpa dengan keadaan malam yang sejuk.

Air juga perlu disiram secukupnya, jika ditanam pada musim hujan juga terbaik kerana pokok cepat membesar.

Pembajaan di peringkat awal biasanya menggunakan baja subur organik sahaja.

Keadaan anak pokok akan dipantau secara rutin dan penuh kasih sayang.

Selepas anak pokok mengeluarkan pucuk pertama setelah ditanam dan pucuk daun itu menjadi matang atau tua, barulah pembajaan kimia dimulakan.

Sekadar perkongsian pengalaman/cara kerja orang dulu-dulu untuk bercucuk tanam.

Selamat berkebun – Sifudurian

Leave a Comment