Masih ramai yang tidak tahu, baja sebenarnya boleh ditabur atau di sembur 8 kali selepas pokok durian mula berbunga, tidak sesiapa mahu dedahkan.
Pembajaan pertama adalah, sekali waktu belum keluar bunga. Gunakan baja subur foliar NPK 15:15:15 ( Fastgrow hijau)
Pembajaan kedua ketika bunga durian hampir/ keluar bunga sedikit, gunakan baja foliar 16:16:16 (fastgrow merah)
Manakala sewaktu pokok durian mengeluarkan putik sebesar guli/ ping-pong/ tennis, gunakan baja penggalak buah dengan kandungan NPK 12:12:17:2+TE.
Kemudian beri setiap 2 minggu baja organic atau hablur. Baja butir hanya 3-4 kg sekali.
Baja hablur cuma 100 gm dicampur 20 litres air untuk 4 pokok besar. Baja hablur 5:15:30, tidak rekomen yang ada 5 jenis hablur.
Kalau tidak tahu apa itu baja hablur, boleh baca artikel saya sebelum ini di sini https://rentas.asia/cerita-tentang-baja-kimia/
Semoga informasi tentang cara pembajaan durian sewaktu musim berbunga dapat membantu anda meningkatkan pengeluarkan buah durian – Sifudurian
Kredit: Tn. Abdullah Sahidi