
KKM menyeru penglibatan sukarelawan perubatan dan kesihatan bukan KKM untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga COVID-19.
Dr Noor Hisham berkata, KKM sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk segera memperhalusi mekanisma lantikan secara kontrak bagi pengamal perubatan yang berhasrat untuk berkhidmat dengan KKM dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 ini.
“KKM sangat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan dan mereka yang ingin berkhidmat dengan KKM untuk tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan Covid-19.“Mereka boleh mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan Covid-19,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan sukarelawan bagi jawatan – jawatan berikut:
- Doktor Perubatan
- Pegawai Sains Mikrobiologi
- Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Jururawat
- Penolong Pegawai Perubatan
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Juruteknik Makmal Perubatan
- Farmasi
- Juru X-ray
- Pembantu Kesihatan Awam
Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut
Skop tugas sukarelawan yang diperlukan adalah untuk menjalankan perkhidmatan di bawah:
- Saringan suhu/simptom di fasiliti kesihatan/pintu masuk antarabangsa/ stesen kuarantin.
- Siasatan kontak/pengambilan sampel COVID-19 di lapangan.
- Penjagaan/rawatan pesakit di hospital.
Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:
- Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
- Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
- Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
- Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari.
Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, sila lengkapkan pautan di bawah:
https://forms.gle/BinMRNpyKhnoosgt5
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi melalui e-mel: mobilisasi19@gmail.com
Sekian, terima kasih.
Unit Mobilisasi COVID-19 CPRC Kebangsaan