Ingat lagi dengan buah ini? kalau zaman kecil dulu kita buat main tembak-tembak, siap buat senapang kayu ada getah ambil buah ni buat peluru, sakit kena tembak bukan kepalang!
Rupanya buah ini mengandungi banyak manfaat dan khasiat yang kita tidak tahu selama ini!
Antara khasiat yang terkandung pada terung pipit adalah seperti air 89g, protein 2g, lemak 0.1g, karbohidrat 8g, serat 1.0g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08mg dan vitamin C 80mg.
Antara manfaatnya adalah seperti berikut:
Penawar sakit pinggang – antara khasiat buah terung belanda adalah sebagai penawar sakit pinggang.
Mata rabun jauh dan dekat, mata selaput, mata silau ketika waktu malam, juga bagi yang memakai cermin mata, anda amalkan makan buah terung belanda setiap hari sebanyak 10 biji yang masih segar.
Insyahallah jika diamalkan selalu mata anda sihat dari sebarang masalah, tidak perlu memakai cermin mata lagi, apa masalah pun perlu beramal setiap hari, Allah maha penyembuh, cuba dulu baru tahu.
Dipetik dari kitab perubatan Islam Indonesia.
Antara manfaat lain buah terung belanda ialah dengan meminum air rebusan buah ini mampu meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berlarutan.
Akarnya pula boleh merawat retak kulit pada tumit kaki, caranya ambil akar dan ditumbuk lalu ditempelkan pada tumit kaki yang pecah.
Selain itu terung pipit boleh meredahkan sakit kepala, mengubati sengal-sengal badan, merawat sakit cirit-birit dan jangkitan taun.
Terung pipit juga mampu mengurangkan demam panas, pitam dan sawan, caranya dengan merebus akarnya lalu airnya diminum.
Kegunaan lain bagi terung pipit ialah mampu menurunkan tekanan darah tinggi, selain itu akarnya baik untuk menghilangkan gatal akibat darah kotor (bukan darah haid).
Bagi pesakit kencing manis, akarnya dicuci bersih lalu dijemur. Selepas akarnya kering, rebus akarnya lebih kurang segengam dengan 5 gelas air dan biarkan mendidih sehingga airnya menjadi 2 gelas. Minum setiap malam sebelum tidur dan waktu pagi. Insyahallah berkesan dengan izin Allah.
Terung pipit juga digunakan untuk merawat masalah batuk, kahak dan mukus. Selain itu amalan memakan terung pipit mampu menguatkan saraf mata serta rawatan ulser mulut dan perut.
Air rebusan terung pipit boleh di jadikan sebagai minuman untuk mencuci darah kotor dan meredahkan sakit perut akibat salah makan atau cirit-birit.
Tahukah anda, rajin makan ulam, badan akan menjadi sihat dan sentiasa kelihatan awet muda. Cubalah!
Sekadar berkongsi informasi jika masalah berlanjutan perlulah berjumpa dengan doktor pakar dengan segera.
Semoga bermanfaat untuk semua.