Siapa sangka hanya dengan menternak ikan air tawar, boleh meraih pendapatan sebanyak RM80,000 sebulan. Kini Raja Zakaria Raja Abdullah boleh tersenyum megah.
Dengan modal RM3,000 bagi bina dua buah kolam ikan. Kini, beliau boleh membina sehingga 30 buah kolam simen dan 13 kolam ikan (bertanah) termasuk beberapa sangkar ikan di tali air.
Antara spesies ikan air tawar yang mempunyai pasaran tinggi seperti tilapia, patin, keli dan jelawat, yang mampu mengeluarkan 60 metrik tan hasil sebulan.
Selain itu, pemasaran ikan tawar ini amatlah penting tidak kira secara atas talian ataupun luar talian.
Dengan bantuan tenaga pekerja bagi menyelenggara kesemua kolam dan sangkar ikan, ianya pasti dapat memudahkan urusan untuk memasarkan dan dapat menghasilkan hasil ternakan yang banyak.
Bagi penternak yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan ternakan air tawar, boleh dapatkan bantuan dan menghadiri kursus yang diadakan oleh jabatan penternakan di setiap negeri.
Bagi Raja Zakaria Raja Abdullah beliau telah mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat dari Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Selain itu, sebagai petani dan penternak, kita haruslah sentiasa bersikap tidak mudah menyerah dan sentiasa ingin maju ke hadapan. Pesan beliau kepada sesiap yang mempunyai keinginan untuk menceburi bidang ini. Tiada yang mudah, namun sekiranya tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu. Pasti akan membuahkan hasil.