Jika anda baru berjinak-jinak menanam durian, ada beberapa perkara yang perlu anda TAHU sebelum membeli bibit durian dari penjual atau dari nursery buah-buahan.
1. Pilih penjual yang diyakini, ada nursery buah-buahan sendiri dan mahir dalam hal-hal mencantum durian. Elakkan membeli dari agen, kadang2 mereka sendiri tidak mahir mengenal KLON durian yang dijual.
2. Benih yang dijual sebaiknya memiliki sijil pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) dari jabatan pertanian Malaysia. Untuk area Semenanjung Malaysia shj. Sabah masih belum ramai yang menerima SPBT dari Jabatan Pertanian.
3. Pilih benih durian yang sihat dan subur, daun tidak nampak layu dan kekuningan aau dimakan serangga.
4. Tanda-tanda benih durian yang tidak sihat adalah daun nampak tidak bermaya, kekuningan, tidak ada pucuk atau tunas baru keluar dari hujung dahan.
5. Jika banyak tunas keluar dari hujung dahan bermaksud akar di dalam polibag sangat aktif dan pokok sihat, pertumbuhan di kebun juga amat baik tanpa sebarang masalah akar reput.
6. Pilih benih durian yang mempunyai satu sahaja batang utama dan banyak dahan. Elakkan membeli benih yang ada dua dahan yang tumbuh dari bawah, ia boleh menyebabkan batang terbelah dua jika ia sudah besar.
7. Pastikan ikut SOP sebelum tanam durian, iaitu selepas korek lubang, tabur dengan baja subur + CIRP + Limestone atau Dolomite dan Furadan. Sebulan barulah korek lubang dan tanam benih durian.
Selamat berkebun – Sifudurian
