Kunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia pariflora merupakan herba yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
Kandungan bioaktif methoxyflavon yang terdapat dalam kunyit sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia bagi membantu mengurangkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan kronik.
Pasukan saintis MARDI juga telah melakukan R&D dengan teliti selama lima tahun melakukan kajian keseluruhan untuk pembangunan produk kunyit hitam.
Antara produk MARDI yang diiktiraf oleh KKM ialah kapsul Black G, Ener-G Plus dan banyak lagi.
Antara manfaat kunyit hitam untuk kesihatan ialah sebagai alternatif untuk merawat atau mencegah penyakit seperti Migrain, radang usus, penyakit kulit, barah dan kusta dan kanser atau tumor.
Selain itu ia mampu meningkatkan stamina, awet muda, membuang lemak, gout, masalah pernafasan, masalah sistem pencernaan, kencing tidak lawas, parkinson dan lesu/letih.
Apa tunggu lagi kawan-kawan, tanamlah kunyt hitam sekarang. Caranya belih benih atau semai ubi di pasu besar, ambil ubinya bila dah matang dan jadikan sebagai herba untuk mencegah pelbagai penyakit.
Semoga bermanfaat – Sifudurian