Cara Buat Baja Organik Atau Kompos Supaya Tanaman Menjadi Subur!

1. Sediakan tapak pengomposan terlebih dahulu samaada ingin diproses di dalam lubang ataupun di atas tanah, bergantung pada pilihan anda.

2. Sediakan bahan pengomposan seperti sisa makanan, tanaman, buah-buahan dan ternakan dicampur sekali sekurang-kurangnya sebanyak 10-20kg dan gaulkan bersama dengan tanah hitam sebanyak 10-50kg menjadi sebuah timbunan. Siram timbunan tadi dengan air sebanyak 1 liter.

3. Untuk mendapatkan kuantiti kompos yang lebih banyak, ulang langkah-langkah tadi sebanyak 2-3 kali.
Dengan menggunakan pancang kayu, pacak kayu tersebut ditengah timbunan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti aktiviti penguraian dalam timbunan kompos tersebut.

4. Sekiranya dalam timbunan tersebut terasa kepanasan, bermakna telah berlaku penguraian. Sekiranya pancang tadi dalam keadaan kering, siram air lagi untuk menambah kelembapan.

5. Gemburkan dan terbalikkan timbunan tadi berulang kali dengan menggunakan pencakar sehingga sebati. Lakukan setiap 3-4 minggu sekali sehingga media kompos itu menjadi reput. Biarkan selama 2 hingga 3 bulan sehingga proses tersebut selesai.

6. Sekiranya proses pereputan telah selesai sebanyak 60%, adalah digalakkan menutupnya dengan plastik bagi mengelakkan daripada terkena hujan. Ini bertujuan bagi memastikan nutrien dalam kompos itu tidak dihanyutkan oleh hujan.

7. Setelah tamat proses selama 3 bulan, gunakan penyodok untuk mengisi kompos yang telah matang ke dalam beg plastik untuk simpanan. Ataupun boleh digunakan terus sebagai baja organik untuk tanaman anda.

Selamat mencuba!

Rujukan: Root of Science

Leave a Comment