Geram Tengok Buahnya! Kaedah Tanam Musk Melon Di Kawasan Sempit

Anda tinggal di kondo atau appartment? berminat nak menanam tapi ruang sempit? mari saya kongsikan kaedah menanam buah Musk Melon di kawasan yang tinggi dan ruang terhad.

Untuk pusingan penanaman musk melon ke 2, setelah mengambil pengalaman daripada pusingan 1, sedikit pengubahsuaian telah saya dijalankan.

Pasu tanaman telah digantikan dengan pasu orkid dengan banyak lubang di tepi pasu agar pertumbuhan akar musk melon tidak terhalang dengan hanya sedikit lubang air pada pasu bunga biasa.

Mengalihkan tanaman musk melon di lokasi yang mendapat cahaya matahari semaksimumnya. Sebaiknya kena matahari dari pagi hingga petang.

Mengambil pengalaman penanaman melon dari youtube. Anda juga boleh tanam sendiri dari rumah. Tidak susah jika ikut teknik ini.

Bagi sesiapa yang alergi terhadap bulu pokok melon, sila pakai baju lengan panjang sebelum menguruskan pokok bagi mengelakkan gatal gatal pada tangan dan badan.

Musk melon telah ditanam pada permulaan PKP dan mula berbunga pada hujung bulan April. Pada 30hb April 2020, pendebungaan hantu (guna tangan secara manual) telah dilakukan memandangkan lokasi tanaman tiada agen pendebungaan. Kaedahnya adalah seperti dibawah:

Bunga betina dengan rupa bentuk buah atau perut buncit akan mula berbunga pada awal pagi (gambar kini) manakala rupa bentuk bunga jantan musk melon (gambar kanan).

Petik bunga jantan, buangkan petal bunga jantan untuk mendedahkan debunga di dalam. Dengan hati-hati, sapukan debunga (pollen) pada bunga betina dekat dengan stigmanya untuk membolehkan pendebungaan berlaku.

Bagi memastikan pendebungaan ‘hantu’ berjaya 100%, saya telah menyapukan 3 bungan jantan kepada 1 bunga betina.

Setelah selesai pendebungaan tadi, kita kena tunggu diantara 4-5 hari, sekiranya berjaya, buah akan lekat dan membesar dan sekiranya gagal, buah akan menjadi rosak dan gugur.

Pada 7/5/2020, saya telah mengurangkan buah yang kecil dan tinggalkan buah yang besar. Sebaiknya tinggalkan satu buah sahaja setiap pokok supaya buah menjadi besar.

Pada 23/5/2020, buah sudah separuh bertukar warna dari hijau ke kuning keemasan seperti gambar kat bawah.

Setiap hari saya akan tambah 1.25l hingga 2.75l air baja AB hidrophonik kepada botol air mineral yang digunakan bergantung kepada keadaan cuaca bagi mengelakkan tanah daripada terlampau kering.

Baja AB ialah sejenis baja khas untuk tanaman hidroponik tanpa menggunakan tanah, cuma guna air + bancuh baja AB dan tuang dalam pot untuk akar menyerap nutrien.

Saya akan kongsikan lagi hasil pusingan ini sekiranya ada masa lapang mengambil gambar melon yang dihasilkan. Selamat mencuba!

Dikongsikan oleh Weekend Farmer dan disunting semula oleh Sifudurian

Leave a Comment