Hi semua, harini admin akan kongsikan petua daripada saudara Izham Alias, bagaimana untuk membuat Air Penggalak bagi menghasilkan Pokok Cili yang ditanam akan berbuah dengan lebat dan tahan penyakit.
Caranya sangatlah mudah dan hanya memerlukan beberapa bahan alami sahaja.
Menurut saudara Izham Alias, pokok cili memerlukan air penggalak tanaman yang bertindak sebagai penguat ketahanan kepada ketahanan pokok dari serangan serangga dan penyakit lain. Antara bahan membuat air penggalak adalah :
Bahan – belacan (100g), Gula Merah (100g), Air tanpa klorin ( Air hujan/telaga – 500ml)
Cara-caranya sangat mudah, pertama sekali rendamkan belacan dalam bekas berisi air 500ml dan kacau sehingga belacan larut sepenuhnya. Kemudian masukkan pula gula merah dan kacau sehingga sebati. Tutup bekas air tadi dengan penutup. Peramkan air penggalak selama sebulan. Kemudian, tapis dan ambil pati air penggalak tersebut.
Seterusnya, cara untuk menggunakan air penggalak adalah dengan mengcampurkan 10ml pati air penggalakn dengan 2000 ml air biasa. Semburkan pada daun, batang dan tanah pada waktu pagi sekitar 7-10.00 pagi. Seminggu sekali.
Rujukan : Izham Alias