Nyamuk ni sebenarnya dekat mana-mana ada kan? lagi kalau yang jenis rajin ada tanaman, pokok bunga. Suka betul nyamuk berkeliaran. Tapi korang nak tahu tak? Sebenarnya ada satu jenis pokok ni boleh bantu halau nyamuk? Dan yang paling penting dapat elakkan dari adanya nyamuk Aedes.
Nama pokok tersebut adalah Pokok Jeremin. Kenapa pokok ni dikatakan boleh menghalau nyamuk, sebabnya ia mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Baunya akan terhasil sekiranya kita menyentuh dauh pokok Jeremin ini.
Selain itu, pokok ini dikatakan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Sekaligus, membuatkan nyamuk lari.
Cara untuk meletakkan pokok Jeremin dalam rumah agar lebih berkesan masa halau nyamuk adalah pokok mestilah diletakkan di kawasan yang redup. Sebaiknya letakkan pokok di tepi tingkap atau tepi pintu rumah. Bila terkena angin, pokok akan mengeluarkan aroma Citronella dari daun dan akan keluar merebak ke satu rumah.
Tips untuk membiakan pokok pula adalah dengan meletakkan di beberapa penjuru. Pokok ini boleh didapati di nurseri. Kerat beberapa batang dan cucuk dalam pasu berisi tanah hitam. Siram pokok sekali sehari.
Selamat Mencuba!
Rujukan : Vanilla Kismis