
MATTA Cadang Lanjut Moratorium Sehingga Jun 2021
Cadangan untuk kerajaan melanjutkan tempoh moratorium sekurang-kurangnya sehingga Jun ini dalam Belanjawan 2021 telah disuarakan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).
Menurut MATTA, sektor pelancongan adalah antara industri terjejas teruk, ramai individu serta perniagaan berkaitannya tidak dapat membayar hutang akan menderita serta mungkin diisytiharkan muflis jika moratorium tidak dilanjutkan.
Selain itu, kerajaan juga perlu mengarahkan bank serta lain-lain institusi kewangan dan pajakan untuk menambahkan tempoh moratorium bagi membantu rakyat.
Dapatkan Rujukan / Borang Permohonan seperti dibawah
BANK MAYBANK
Sila log masuk Maybank2u dan hantar permohonan anda (kecuali Pinjaman/Pembiayaan Peribadi).
ATAU
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Maybank2u, e-mel kepada kami di weassist@maybank.com dan kami akan menghubungi anda.
Sila sertakan butiran yang berikut dalam e-mel:
- Subjek e-mel: Permohonan untuk Program Pembayaran
- Nama
- Nombor telefon
- Jenis Pinjaman/Pembiayaan ( cth : Pembiayaan Hartanah, Pembiayaan Sewa Beli)
- Nombor Kenderaan (untuk Pembiayaan Sewa Beli)
- Status Pekerjaan (cth : individu bergaji, bekerja sendiri, kehilangan pekerjaan)
- Tujuan Permohonan
ATAU
Kunjungi atau hubungi mana-mana cawangan kami di seluruh negara
Klik disini untuk senarai cawangan
PUBLIC BANK
PBB/PIBB akan terus memberi bantuan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan bagi membantu pelanggan individu yang masih mengalami kekurangan pendapatan dan pelanggan PKS bersasar yang berdepan kemerosotan aliran tunai untuk membayar pinjaman/pembiayaan mereka selepas berakhirnya Moratorium selama 6 bulan pada 30 September 2020.
Permohonan secara digital yang dipermudahkan dan proses kelulusan untuk menjadualkan semula pembayaran balik pinjaman disediakan melalui laman web ini.
CEPAT! Mohon SEKARANG sebelum 30 November 2020 untuk mengelakkan status pinjaman anda terjejas sebelum 30 November 2020.
(Boleh dimohon sehingga 30 Jun 2021) Klik Disini https://apply.pbebank.com/pbrnr/
AFFIN BANK
AFFIN BANK akan terus memberi bantuan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan bagi membantu pelanggan individu yang masih mengalami kekurangan pendapatan dan pelanggan PKS bersasar yang berdepan kemerosotan aliran tunai untuk membayar pinjaman/pembiayaan mereka selepas berakhirnya Moratorium selama 6 bulan pada 30 September 2020.
Permohonan secara digital yang dipermudahkan dan proses kelulusan untuk menjadualkan semula pembayaran balik pinjaman disediakan melalui laman web ini.
Klik Disini : https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx
BANK RAKYAT
Layari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut.
Pelanggan boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:
- E-mel ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my. (Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi)
- Pusat Panggilan di talian 1300800800.