
Rakyat Malaysia tidak sabar menunggu pembentangan Belanjawan 2021 pada hari esok oleh Kementerian Kewangan iaitu Tengku Zafrul.
Bajet yang akan dibentangkan menjadi penentu kepada cadangan pengeluaran KWSP akaun 1 sama ada diluluskan atau tidak. Adakah RM 10,000 secara One-Off atau RM 2,000 setiap bulan semalam 5 bulan akan diputuskan.
Banyak juga yang mahu RM 10,000 secara One-Off kerana dapat digunakan untuk memulakan bisnes, membayar tunggakan komitmen bulanan dan lain-lain lagi. Selain itu, ada juga yang mahu RM 2,000 setiap bulan selama 5 bulan kerana mereka berpendapat jika dibayar secara One-Off, duit itu akan cepat habis.
Ada kemungkinan, jika cadangan RM 10,000 secara One-Off atau RM 2,000 setiap bulan selama 5 bulan diluluskan. Hanya diberikan kepada bersasar iaitu mempunyai syarat tertentu seperti di buang kerja, cuti tanpa gaji, gaji tidak di bayar full dan lain-lain lagi.
Apa-apapun, rakyat Malaysia menunggu pebentangan belanjawan 2021 pada hari esok.
Sekian.