
Seperti yang diumumkan oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin, semua ahli yang mencarum KWSP dibenarkan untuk memohon pengeluaran simpanan dari Akaun 1 sehingga RM10,000!
Cara memohon i-Sinar boleh dilalukakan melalui beberapa kaedah dan salah satunya adalah secara atas talian.Pihak KWSP juga telah beri peringatan kepada ahli yang berhasrat untuk memohon pengeluaran i-Sinar supaya membuat beberapa persediaan untuk permudahkan urusan.
PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN
Untuk memudahkan urusan anda dalam memohon i-Sinar, pastikan anda telah:
- Mendaftar i-Akaun
- Kemaskini maklumat peribadi
- Pastikan akaun bank anda aktif

Cara Daftar i-Sinar (Klik Pautan Bawah)
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian/ online.
- Terdapat 2 kategori permohonan, jika anda tergolong dalam Kategori 1, mohon pada 21 Disember 2020. Jika Kategori 2, mohon pada 11 Januari 2020.

- Klik di pautan berikut untuk permohonan : https://isinar.kwsp.gov.my/
- Semoga berjaya.
Cara Daftar i-Akaun (Klik Pautan Bawah)
- Sila datang ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berdekatan. Dan daftar di situ.
- Selepas mendaftar, anda akan terima SMS yang mengandungi ID & Kata Lalun Sementara untuk i-Akaun.
- Untuk AKTIFKAN i-Akaun, sila login di pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Masukkan ID & Kata Laluan sementara yang telah diterima. Tekan “LOG MASUK”.
- Baca syarat-syarat & terma & pilih “SETUJU”.
- Tukar ID & Kata Laluan anda yang baru.
- Apabila telah diaktifkan, anda boleh akses ke i-Akaun KWSP anda.