Antara kelebihan Negara Thailand adalah mereka boleh mengeluarkan buah durian sepanjang tahun dalam kuantiti yang sangat banyak. Selain faktor cuaca, amalan pengurusan ladang yang bagus dan teratus amat membantu dalam pengeluaran buah durian luar musim.
.
Antara tips yang boleh dikongsikan :
1. Pastikan jarak tanaman yang sesuai dengan varieti dan sistem pengurusan ladang (25′ – 40′ antara pokok dan dalam barisan pokok)
2. Pastikan kaedah cantuman di ladang (terus tanam anak pokok penanti di ladang). Perkara ini banyak dipraktikkan disini di mana pertumbuhan pokok lebih baik berbanding menggunakan anak pokok yang siap dicantum.
3. Pastikan pokok hanya dibiarkan berbuah setelah berumur 6 tahun. Aruhan menggunakan paclobutrazol dengan kaedah semburan pada daun. Pengeluaran luar musim adalah pada bulan April, kebiasaanya.
4. Mempunyai pengurusan pembajaan amat-amat penting dan menjadi kritikal apabila tiba fasa reproduktif (mata ketam- buah matang). penggunaan baja sebatian, baja cecair baja tunggal sehingga la ke pengapuran 15-20 hari sebelum kutipan hasil. Selain memastikan kualiti buah memenuhi kehendak eksport, amalan pembajaan amat perlu bagi memastikan pokok sentiasa sihat dan kurang risiko serangan kanker
5. Sepokok yang berumur 7 tahun boleh mencapai hasil 40-60 biji setahun. 1 pokok yang berusia lebih 20 tahun boleh mancapai 1m tan dalam masa setahun.
.
Perkongsian dari Facebook : Mohd Firdaus Ab Aziz