Ini Baru Dikatakan Petani Moden

Disebabkan sekarang kita sedang berada dalam PKP 2.0, pastinya ramai yang ingin melakukan pelbagai aktiviti dan hobi yang tergendala. Antaranya adalah belajar bercucuk tanam. Tahukah anda, ada tiga perkara asas yang kita perlu tahu sebelum boleg bergelar sebagai petani?

1.Mahir dalam pengurusan kelembapan (humidity management)

Sebagai seorang pekebun harus memastikan kelembapan dari kelembapan persekitaran, transpirasi, penyejatan, lonjakan beban haba, dan peralatan yang tidak dirancang khusus untuk penanaman. Selain itu, ruang yang sesuai untuk penjagaan haba amat penting dalam proses yang perlu diambil kira oleh pekebun.

2. Rajin melakukan kajian (research)

Seorang pekebun yang baik sentiasa berfikir bahawa terdapat banyak perkara yang boleh ditambah baik dalam tanaman beliau. Bagaimana untuk mengatasi risiko dan sebagainya. Pekebun harus sentiasa membuat kajian dan belajar untuk teknik-teknik yang baru, sebagai contoh teknik kawalan perosak, kawalan penyakit dan kemajuan pertanian. Sikap suka mengkaji perlulah menjadi suatu tabiat dan aktivit harian petani.

3. Sentiasa konsisten dalam merekod

Kenapa pentingnya konsisten dalam merekod ni? Hal ini kerana petani harus sentiasa konsisten merekod kemajuan dan kekurangan yang berlaku. Kita perlu membuat rekod yang tepat dan teliti untuuk setiap proses supaya kesilapan yang berlaku tidak akan berulang dan keberhasilan yang berjaya dilakukan boleh dikekalkan dan ditingkatkan.

Selain itu, antara benda yang boleh digunakan adalah climate control computer (ia boleh melakukan proses menyiram, menyuburkan, mengudarakan, memudar, memanaskan dan menyejukkan secara automatik. Secara tidak langsung sistem ini akan memberi makluman jika terdapat proses yang berlaku secara tidak sekata ataupun jika ada proses yang bermasalah.

Selamat Bertani!

Leave a Comment