Daun sirih mampu merawat selaput mata.
Assalamualaikum.. kali ni aku nak buat cerita mengenai khasiat daun sirih.
Sebenarnya aku ni nak sambung balik cerita kisah aku pergi mengurut dengan Nek Bidan pada entri yang lepas. Tengah mengurut tu aku berdesit-desit menahan sakit. Dek nak redakan sakit tu agaknya nek tu bukak cerita pasal sirih kat rumah aku. Dia cakap banyak sirih kat rumah aku. Nak minta dengan tuannya pun selalu tak ada orang kat rumah. Aku cakap kat dia pada sapa-sapa yang rasa nak ambil daun sirih tu, ambil sajalah. Pokok sirih tu dah dikira sebagai harta wakaf!
Sirih juga dapat hilangkan bau badan yang ditimbulkan dari aktiviti bakteria dan kulat. Ada satu lagi pesan nenek tu kat aku. Berkenaan dengan cara pengunaan sirih. Dia cakap masukkan 2-3 helai daun sirih dalam cawan. Curahkan air panas ke dalam cawan tadi. Tutupkan sekejap kemudian minum air rendaman daun sirih ini.
Aku dah bercerita yang nenek tukang urut tu usianya dah lebih 70 tahun. Badannya sihat kejap, telinganya tak bermasalah dan matanya pun sangat terang penglihatannya.
Nenek tu pun cakap dengan aku daun sirih tu boleh merawat atau bahasa mudahnya buangkan selaput yang ada pada mata. Aku tanya macamana. Dia cakap ambil 2-3 helai daun sirih, ramas dalam sedikit air dan titis kat dalam mata. Lebihan airnya buatlah sapu muka sambil berselawat. Balik rumah aku google cari kandungan yang ada dalam daun sirih. Bahan aktif fenol dan kavikolnya ada daya akan mematikan kuman.
Aku pun cuba buat. Mulakan dengan sebelah mata dahulu. Apa rasanya? Aduh. Pedihnya terasa sampai berdengung ke otak. Bukan buat selalu. Sekali sekala bila teringat sajalah. Rasanya macam ada sedikit perubahan.
Selaput mata ni mula kelihatan bila usia kita makin meningkat. Selaput yang ada kat mata aku ni mulai kelihatan selepas aku gunakan produk apa tak tau untuk rawatan kulit muka. Mata aku alergik rupanya tak sesuai dengan sebarang bahan kosmetik.
Aku tanya guru biologi. Selaput mata tu katarak ke? Dia cakap katarak tu bukan selaput mata. Katarak ialah bila kanta mata yang jernih tu berubah menjadi kelabu. Oh. Yang aku tau ialah kalau rabun dekat atau rabun jauh, pembetulannya ialah dengan menyesuaikan ketebalan cerminmata
Pada aku memang susah nak tanam pokok sirih. Apa pantang larang aku tak tau la. Dah dekat nak sepuluh kali dah aku cuba semai anak pokoknya sebelum ini. Sampailah aku fadeup. Dapat rantingnya diberi oleh sorang lelaki cina jiran dekat rumah aku.
P/s Aku kurang suka entri aku ni. Panjang sangat. Aku sendiri pun kurang suka baca cerita yang panjang2.
Kredit: Mak Ngah Pora