Jika anda mahu mendapatkan gigi yang lebih putih tanpa mengeluarkan kos yang mahal, anda boleh cuba beberapa kaedah dan tips dibawah.
1. BAKING SODA
Caranya, bancuhkan suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air. Lakukannya sekali seminggu atau setiap 2 minggu sekali.
2. GARAM
Penggunaan garam dipercayai mampu menambah sumber mineral pada gigi serta menyerlahkan lagi warna putihnya.
Caranya adalah dengan menyapukan garam pada gigi seperti cara menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilas gigi seperti biasa.
3. BERUS & FLOS
Jangan pandang rendah kepada rutin memberus dan membersihkan gigi dengan flos. Ubat gigi dapat membantu mengeluarkan kotoran daripada gigi manakala penggunaan flos dapat mengeluarkan sisa makanan dicelah gigi dengan berkesan.
Sesetengah makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna dengan memberus gigi. Makanan yang terbiar lama di celahan boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.
Selain merokok, hadkan pengambilan kopi dan minuman berguna kerana ia boleh menyebabkan gigi menjadi kuning dan berlubang.
Sebaiknya gunakan straw atau penyedut minuman semasa minum untuk elak gigi cepat kuning, tindakan ini sebenarnya dapat mengelakkan ‘direct contact’ pada gigi.
Foto: Sirap Limau