Ditindih Semasa Tidur : Ditindih Hantu atau?

Seringkali kita mendengar, ramai yang mengadu pernah ditindih ketika tidur. Ada juga yang mengaitkan dengan cerita paranormal. Katanya dihimpit hantu! Dan hanya yang pernah alami sahaja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila sedang alami situasi tubuh dihimpit sehingga menyesakkan. Hendak menjerit mulut terkunci dan tangan dan kaki tidak dapat digerakkan.

Ianya biasa berlaku dalam masa singkat, tetapi yang alaminya terasa cukup lama!

Fenomena ini sebenarnya boleh dijelaskan dari sudut sains. Sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur. Ya! Walaupun otak kita sudah terjaga, namun otot dalam badan masih lagi dalam keadaan tidur. Seseorang itu tidak akan mampu bergerak dan tidak mampu bersuara walaupun mencuba untuk berteriak sekuat hati.

Ketika inilah perasaan cemas dan panik menyelubungi diri lebih-lebih lagi sekiranya ia pengalaman pertama kali.

Antara faktor penyebab kita terkena SLEEP PARALYSIS adalah :

1. Tidak cukup tidur
2. Corak tidur yang tidak teratur
3. Stress
4. Tidur terlentang
5. Gangguan mental
6. Penyalahgunaan dadah dan alkohol

Antara nasihat pakar dalam mencegah atau mengurangkan kejadian dihimpit ini adalah dengan ;

1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul
4. Mendapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sekiranya kekerapan kejadian semakin bertambah

 

Kredit: Public Health Malaysia

Leave a Comment