Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa itu buasir, dan bagaimana pula boleh terkena penyakit buasir ni? Buasir terjadi apabila saluran darah venus mengembang dan membengkak di sekitar dubur.
Ada dua jenis buasir. Pertama buasir dalam dan yang kedua adalah buasir luar. Jika terjadi dalam bahagian rektum, ia dipanggil buasir dalam. Biasanya ia tidak menyakitkan manakala kalau terkena buasir luar, ianya berlaku di luar pembukaan dubur dan selalunya menyakitkan terutamanya sewaktu meneran serta menimbulkan rasa gatal dan tidak selesa.
Ramai diantara wanita mengandung sering mengalami masalah ini kerana rahim yang semakin membesar menekan perut dan saluran venus di kawasan dubur. Begitu juga pada mereka yang duduk dan berdiri dalam jangka masa yang lama. Bagi yang obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan, cirit-birit yang teruk dan sembelit juga menjadi faktor penyumbang kepada penyakit ini.
Hari ini saya kongsikan 5 Petua alami untuk mengubati penyakit buasir ini.
1. UBAH CORAK PEMAKANAN
Pertama sekali, anda perlu mengubah corak pemakanan. Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran setiap hari. Najis anda akan lembut dengan kandungan air yang banyak, maka anda tidak akan alami lagi masalah najis keras sehingga menyebabkan sembelit.
2. JANGAN MENERAN DENGAN KUAT
Elakkan meneran dengan kuat kerana ia memberi tekanan pada saluran venus di kawasan dubur. Tekanan yang kuat menyebabkan ia bengkak dengan cepat dan luka.
3. JANGAN BERDIRI ATAU DUDUK TERLALU LAMA
Ini kerana ia memberi penekanan pada perut dan salur darah. Sesekali rehatkan diri agar otot perut juga dapat berehat. Lakukan senaman ringan dengan kerap agar semua otot badan dapat meregang dengan sihat.
4. MINUM AIR DENGAN SANGAT KERAP
Cairan dalam badan membantu mengelakkan masalah sembelit. Maka, sila amalkan minum air 3 Liter sehari bagi melancarkan usus dalam badan.
5. JANGAN TAHAN BERAK
Ini yang paling penting sekali! Jangan sesekali menahan berak. Jika terasa ada keinginan untuk membuang air, jangan tahan atau melengah-lengahkannya. Najis akan jadi kering dalam dubur dan susah untuk dikeluarkan.