21 Manfaat Daun Pandan

Hi semua! Harini admin nak share 21 manfaat daun pandan ni. Selalunya kita jumpa dalam nasi lemak dan hidangan lauk. Biasanya digunakan dalam masakan dan juga minuman, namun sebenarnya banyak lagi manfaat daun pandan ni. Jom kita baca, mana tahu ada yang boleh diamalkan!

Antara manfaat daun pandan:

1. Dapat menurunkan darah tinggi. Caranya adalah dengan merebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum air tersebut.

2. Dapat mengubati lemah saraf. Ambil 3 daun pandan, cuci bersih kemudian dipotong-potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut secawan dua kali sehari tiap pagi dan petang.

3. Dapat mengatasi lemah syahwat.
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia dan sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba, tiga daun pandan lalu cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.

4. Dapat menurunkan bacaan gula.
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang. Jangan lupa untuk cuci bersih, kemudian rebus dan buat minuman dua kali sehari.

5. Dapat mencuci bahagian sulit wanita
Rebus daun pandan, daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam digunakan dibahagian sulit wanita.

6. Dapat merawat gaot
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas. Setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

7. Dapat menghilangkan bau badan
Kisar daun pandan dengan lima lalu gosok pada sekitar badan, ketiak dan kemudian sabun serta bilas. Buat se

8. Dapat mematikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

9. Dapat menurunkan Kolesterol
Selain menurunkan tekanan darah tinggi, bagi sesiapa yang mengamalkan mininum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

10. Dapat mengatasi sembelit
Rebus daun pandan dan minum airnya.

11. Dapat melembutkan daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

12. Dapat buka selera makan
Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

13. Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

14. Dapat merawat rambut
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

15. Dapat melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

16. Dapat merawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah
Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

17. Menjadi pewangi alami
Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

18. Dapat merawat susah tidur
Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal… Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

19. Menjadi pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

20. Dapat membuang angin dalam badan
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

21. Dapat mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

Sumber facebook dan diolah semula.

Leave a Comment