Petua Turunkan Diabetis/Kencing Manis

Mencegah lebih baik dari merawat. Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.

Antara kaedah lain yang dapat turunkan kencing manis adalah:

Cuka epal

Menggalakkan tahap gula yang jauh lebih rendah, mempengaruhi tindak balas terhadap gula dan meningkatkan kepekatan insulin dalam badan.

Ekstrak kayu manis

Kajian menunjukkan kayu manis mampu menurunkan kadar gula dalam darah, melambatkan pecahan karbohidrat dalam saluran pencernaan dan mengurangkan kenaikan gula selepas makan.

Berberine

Ia merupakan kompenen aktif dalam herba Cina bagi merawat kencing manis sejak ribuan tahun. Khasiatnya lebih kurang sama dengan kayu manis.

Fenugreek

Membantu mengawal paras gula dan berkesan menurunkan kadar gula pada pesakit kencing manis. Bahkan, ia merupakan herba paling selamat untuk pesakit kencing manis.

Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes

Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya, kuih manis, ais krim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.

Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan

Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan segar.

Makanan yang boleh diambil secara bebas

Semua jenis sayur-sayuran hijau, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.

Leave a Comment