Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz merupakan sejenis tumbuhan tropika dan subtropika dari keluarga Euphorbiaceae yang kaya dengan sumber utama karbohidrat malah daunnya juga boleh dijadikan sebagai sayur.
Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga banyak digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG). Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan kira-kira 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.
Masa perang dunia kedua, ubi kayu juga sering dijadikan makanan utama apabila berlaku darurat atau malapetaka awam.
Artikel malam ini saya kongsikan kaedah menanam ubi kayu supaya mengeluarkan ubi yang banyak. Teknik ini digunakan oleh seorang petani di Thailand.
Caranya, mula-mula potong mata tunas pada batang ubi kayu yang hendak di tanam, lihat gambar diatas bagaimana cara memotongnya
Begini rupanya mata tunas yang telah dipotong, buka semua mata tunas pada batang ubi kayu (gambar diatas)
Setelah beberapa bulan selepas ditanam secara menegak di atas tanah, akar mula keluar.
Tempoh matang bagi ubi kayu sekitar 6 hingga 8 bulan bergantung pada kelembapan tanah dan cuaca.
Inilah hasilnya, nampak tak? (gambar dibawah) ubi kayu keluar pada setiap tempat yang dipotong tunasnya tadi… kalau korang nak dapatkan ubi kayu yang banyak, korang boleh cuba sendiri dan tengok hasilnya.
Selemat mencuba! jangan lupa follow fb Pertanian satu Perniagaan.