Cicak merupakan haiwan kecil yang selalunya tinggal di sekitar rumah terutama di bahagian siling atau dinding rumah.
Masalah utama pada cicak ini ialah tahinya yang bersepah di merata tempat dan terpaksa dicuci setiap hari. Memang letih kan?
Ada beberapa kaedah untuk menghalau cicak yang berkeliaran ni termasuklah petua yang saya tulis sebelum ini iaitu dengan menggunakan campuran cuka makan dan sabun dan sebagainya.
Namun petua yang dikongsi oleh Ct Affaziah di laman sosialnya agak lain dari yang lain iaitu dengan hanya menggunakan Sellotape je. Mari baca perkongsiannya.
“Saya nak share tips mudah dan amat murah untuk mengatasi masalah cicak dirumah. Gambar di bawah ini adalah rumah kampung saya yang ditingalkan hampir 3 minggu. Untuk kali pertama buat jumlah cicak yang saya tangkap ialah 54 ekor! wow banyakk..
Caranya ialah…
1. Cuma perlu gunting Sellotape, tak kisah berapa panjang pun ok. Korang tampal merata tempat terutama laluan cicak berkenaan.
2. Tampal hujung Sellotape je kemudian terbalikkan yang ada gam tu bahagian atas cuma hujung dengan hujung je tampal pada lantai…boleh fahamkan..😊
Korang boleh lihat sendiri gambar dibawah hasil yang amat menakjubkan!
Selamat mencuba! semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like dan share terima kasih.