Semasa masuk dalam hutan, mesti korang selalu nampak benda ni kan? untuk makluman anda, benda ini dipanggil banir atau akar kayu balak!
Banir ini sebenarnya amat berguna terutamanya bagi mereka yang tersesat dalam hutan dan memerlukan pertolongan.
Banir atau dalam Bahasa Inggerisnya buttress roots merupakan akar yang menganjur atau pangkal pokok kayu yang berdinding-dinding seperti yang terdapat pada pokok tualang dan beringin.
Jika anda mengalami masalah dan memerlukan pertolongan, anda perlu mencari banir tersebut untuk menghantar isyarat kecemasan. Namun terdapat beberapa langkah yang wajib anda lakukan untuk menggunakan banir ini.
Bagaimana caranya untuk menghantar isyarat kecemasan atau meminta bantuan menggunakan banir ini?
Ikut langkah-langkah dibawah:
Pegang parang atau batang kayu sederhana besar di tangan, ketuk kuat-kuat bahagian atas banir menggunakan belakang parang atau batang kayu sederhana besar
Ulangi ketukan sebanyak beberapa kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain
Pastikan anda menjarakkan 2 hingga 3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain untuk mendengar.
Tahukah anda bahawa bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini amat kuat dan boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika itu.
Semoga bermanfaat.