Kalau korang duk hiking ke masuk hutan ke, lepastu jumpa timbunan daun kering macam dalam gambar kat bawah ni, janganlah pijak atau kacau, kemungkinan besar itu sarang ular paling berbisa iaitu king cobra.
Dialah satu-satunya ular yang akan buat sarang macam tu, nak siapkan sarang dia tu makan 3-4 hari jugaklah nak siap. Saya rasa dialah ular paling rajin buat sarang untuk bertelur. Biasanya ular lain tak buat sarang.
Bila dah bertelur, dia akan mengeram dan melingkar pada telur-telur dia, bBiasanya dia akan stay kat sarang sekitar 2 bulan lebih untuk jaga telur-telur dia.
Sepanjang mengeram tu dia akan puasa dan jadi lebih aggressive. Bila telur dia nak menetas dalam seminggu dua, dia akan tinggalkan sebab risau dia akan makan anak-anak dia, biasalah naluri pemakan ular king tu memang kuat, kena pulak dah berpuasa berbulan-bulan.
Kang anak-anak dia dah menetas, diorang akan survive sendiri tanpa jagaan mak dia, kalau dia merayau kemudian terjumpa pulak mak dia, saya rasa memang kena ngap lah, so, lepas ni beringatlah kalau terjumpa timbunan daun kering macam dalam gambar bawah ni, tolong jangan gatal nak kacau!
Mohon sebarkan seluas-luasnya kepada orang tersayang, jangan kedekut nak tekan butang share ye. Terima kasih sudi membaca. Semoga bermanfaat – Rentas asia