“Kalau cikgu sekolah tanya ayah kerja apa, jangan cakap orang ayah kerja kebun atau bertani. Nanti kita malu “.
Ini realiti sebenar. Perbualan saya dengar sendiri antara seorang nenek dan cucunya. Ceritanya begini, ayahnya balik kampung dan mahu memulakan hidup sebagai seorang petani.
Persoalannya hinakah sangat jadi petani?.
” Anak si pulan tu, belajar tinggi. Tak kerja cuma jadi petani. Tak payah belajar pun boleh kerja kebun. ”
Saya berhenti kerja. Lepas tu saya jadi petani. Kadang-kadang mulanya terdengar juga cerita yang tak sedap.
Buat saya tersenyum persepsi masyarakat. Mungkin dulu bertani ni kotor, tak ada kerja, miskin. Sehingga yang tinggal dikampung-kampung hanyalah kononnya mereka yang tak laku. Mak ayah malu bila anak mereka tak kerja di bandar. Kalau kerja jawatan rendah pun tak mengapa tapi jangan duduk kampung jadi seorang petani.
Biasanya petani dibuli, berkerja kuat membuat batas. Sayur diambil pemborong dengan harga murah. Kadang-kadang-kadang tak balik modal. Menjadikan ramai yang tak berani menjadi petani dan akhirnya tanah pusaka dijual.
Petani viral
Kerjaya petani sama sahaja macam kerjaya lain. Peranan kita berbeza. Kalau di jepun petanilah antara pekerjaan yang dipandang tinggi.
Sedarlah. Hentikan import daging luar. Banyakan pentarnak. Hapuskan amalan orang tengah. Ramai yang tak tahu rahsianya bagaimana menjadi petani kaya. Sayur tak cukup, ubi tak cukup, pisang tak cukup, melon tak cukup. Buat end-products jual terus kepada pelanggan.
Bangkit wahai rakan petani. Masanya untuk kita berubah. Masanya jangan kita dipandang rendah dan hina. Petani menyediakan makanan buat semua orang. Entah siapa yang beli sayur kita, beli ayam kita. Kaya dan miskin.
Walaupun sesetengah orang memandang sinis atas kerjaya petani tetapi kita tahu yang mereka masih perlukan kita, makan nasi dari beras. Jadikan ianya pahala yang berlipat kali ganda.
Artikel ini ditulis oleh Coach Bahar (Founder D’impian Group) dan juga seorang usahawan tani berjaya