Untung Kalau Rajin Makan Kaki Ayam, Sebab Umur 30-an Pun Anda Boleh Nampak Macam 20-an!
By Roselinda -April 3, 2019
Tidak semua orang tahu cara untuk menikmati hidangan kaki ayam dengan betul kerana ada yang rasa loya untuk merasainya. Namun tahukah anda, memakan kaki ayam sebenarnya mempunyai banyak kelebihan termasuklah untuk awet muda.
Bagi memastikan wajah anda kekal awet muda, pastikan selepas ini anda mengamalkan pemakanan kaki ayam dengan sekerapnya. Ini antara kelebihan yang anda boleh dapat dengan makan kaki ayam.
Kaya dengan kolagen
Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar dari Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen.
Penyelidikan di universiti berkenaan juga mengesahkan yang kaki ayam sebagai sumber alternatif yang amat baik untuk kolagen.
Malah makan kaki ayam juga adalah rahsia orang Cina dan Korea untuk kelihatan sentiasa awet muda. Malah kolagen juga dapat membantu untuk meningkatkan metabolisme terhadap lemak sekali gus membantu menurunkan berat badan.
Tingkatkan sistem imunisasi badan
Kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina sisitem imunisasi tubuh badan. Dan disebabkan itulah sekiranya demam, anda disarankan untuk memakan sup kaki ayam.
Kurangkan risiko tulang rapuh
Kaki ayam mengandungi kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen yang mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini dapat membantu menguatkan struktur tulang dan mencegah kerapuhan tulang apabila usia meningkat tua.
Cerahkan kulit
Kini anda sudah tidak perlu lagi menyuntik vitamin C atau memakan pil untuk mencerahkan wajah atau kulit. Hanya makan kaki ayam saja, anda dah boleh dapatkan khasiat yang sama. Jadi rugi kalau anda tak cuba!
Sembuhkan luka
Seorang penyelidik dari Amerika menerusi kajiannya mendedahkan bahawa potensi nutrisi seperti protein dan kalsium yang terkandung pada kaki ayam boleh membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk menjana semula saraf, otot dan tulang manusia.
Lancarkan saluran pencernaan
Kolagen yang terkandung pada kaki ayam dapat membantu memperbaiki pencernaan dengan menjaga lapisan mukosa pada usus.
Asid amino pada kolagen juga membolehkan anda mendapatkan pencernaan yang sempurna sekali gus menyihatkan metabolisme tubuh. Semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan glucosamine larut apabila dimasak menjadi sup. Ini amat berguna untuk menjadikan usus lebih lembut sehingga membuatkan saluran pencernaan lebih sihat.
Kesihatan kuku terjaga
Kaki ayam yang telah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat, halus dan terjaga.
Menyihatkan gusi
Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain boleh menyebabkan berlakunya masalah pada gusi. Atasinya dengan memakan kaki ayam kerana ia adalah makanan yang mengandungi nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak.
Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino dan beberapa zat pembentukan gelatin. Malah khasiat nutrisi inilah yang akan membantu membaiki kesihatan gusi dan gigi anda.
Menyeimbangkan hormon
Kaki ayam juga menghasilkan asid amino yang sangat baik. Asid amino yang dilepaskan daripada kaki dikenali sebagai arginin dan salah satu fungsinya adalah membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan atau stres. Bukan itu sahaja, arginin ini juga amat penting dalam hormon pembiakan baik untuk lelaki ataupun perempuan.
Jadi, mulai sekarang jangan jijik memakan ayam kerana ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan – Maskulin