Cara Tanam Padi Di Polibag / Baldi Tanpa Air

Menanam padi biasanya dilakukan di sawah padi yang luas dan mempunyai sumber air dari sungai. Namun bagi anda yang tidak mempunyai sawah yang luas anda boleh menanam padi di dalam pasu atau polybag.

Mungkin cara menanam padi di dalam polybag ini masih asing dan belum begitu dikenal oleh kalangan petani, akan tetapi sebenarnya menanam padi di dalam polybag ini mempunyai banyak kelebihan.

Berikut adalah kelebihan menanam padi menggunakan polybag:

Senang untuk merumput terutama dalam hal pembersihan rumput rumpai, karana dengan menggunakan polybag ini kemungkinan untuk rumpai tumbuh agak minima, selain itu juga mudah dipantau setiap saat.

Boleh ditanam bila-bila saja tanpa mengenal musim, sama ada musim panas, musim hujan, tanam padi dalam polibag tidak menjadi masalah lagi.

Selain itu, penanaman padi dalam polibag lebih mudah mengurus pengairan dan pembajaan.

Kita hanya perlu menyiram tanaman padi yang ditanam di polybag ini ketika media tanam mulai kering, selain itu pemberian baja juga semakin mudah untuk dapat diserap oleh tanaman padi.

Mudah dalam pengendalian hama atau serangga perosak. Dengan menanam padi di polybag tentu kita tidak akan cemas lagi dengan gangguan hama seperti siput, tikus dan serangga lain.

Paling best, penanaman padi dalam polibag memberikan hasil yang lebih banyak berbanding dengan penanaman di sawah padi.

Berikut adalah cara menanam padi dengan menggunakan Polybag:

Kaedah  pertama yang perlu dilakukan adalah membuat benih atau menyemai benih.

Benih kita persiapkan seperti menyiapkan benih padi pada kebiasannya, kita rendam dan kita semai di tempat semaian. Atau boleh juga mebuat persemaian dengan menggunakan baki atau raga dengan media kompos dan tanah.

Persiapan Media tanam

Media tanam yang kita gunakan untuk menanam padi di polybag ini berupa campuran 60% tanah : 40% Pupuk Organik atau kompos. Aduk rata. Masukkan ke dalam baket atau polybag ukuran 3-x40cm.

Penanaman

Tanamkan benih padi pada usia 5-7 hari.

Tarik pangkal benih menggunakan tangan kanan, jaga agar butir padi yang masih melekat tidak rosak (butir padi berfungsi sebagai ari-ari nutrisi akar & daun benih muda).

Dorong pangkal benih secara horizontal dari pinggir hingga pangkal benih terbenam 1cm dengan butir padi menancap ke dalam tanah secara horizontal (pinggir), biarkan akar tergerai di permukaan tanah (jangan ditekan).

Pengairan

Siraman kita berikan secara percikan setelah padi selesai tanam sehingga padi berbunga. Setelah pertumbuhan bunga merata kita siram tanaman dengan air setinggi 2-3cm sampai padi menguning.

Selamat mencuba!

Kredit:  Cenel Mang Acep

Leave a Comment