Jumlah pengeluaran i-Sinar boleh diubah mulai 8 Mac. KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) melalui sistem pengeluaran baru i-Sinar, anda kini boleh keluarkan i-Sinar tanpa syarat dan boleh ubah jumlah pengeluaran mulai 8 Mac ini.
Sebelum ini, ramai ahli yang mengadu telah membuat kesilapan semasa ingin menetapkan jumlah pengeluaran.
Jumlah Pengeluaran i-Sinar Boleh Diubah
Disebabkan hal itu, KWSP akhirnya telah memberikan kelonggaran dan ahli kini boleh buat perubahan maklumat amaun.
Nota Penting
- Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
- Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
- Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
- Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
- Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
- Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
- Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
- Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat
Menurut KWSP, kelonggaran juga diberi bagi mereka yang ingin merubah perkara seperti berikut :
- Jumlah Pengeluaran
- Maklumat akaun bank
- Alamat
- Nombor telefon
- Mod Pembayaran i-Sinar
- Perubahan boleh dilakukan melalui portal rasmi i-Sinar.
BERIKUT ADALAH CARA BUAT PERMOHONAN PENGELUARAN I-SINAR TANPA PERLU LOGIN I-AKAUN:
- Pergi ke portal i-Sinar KWSP iaitu https://isinar.kwsp.gov.my/
- Sila klik PINDAAN PENGELUARAN.
- Isikan nombor MyKad Dan Nombor Telefon.
- Isikan Nombor Telefon Bimbit dan Alamat Rumah untuk perubahan
- Pilih Amaun yang diperlukan.
- Hantar
Keputusan untuk perubahan mengambil masa selama 5 hari sahaja.