Cari duit belanja sekolah anak.
Ada orang tanya saya kenapa tanam sayur? ada ke orang nak beli? boleh untung ke?. Itulah soalan lazim yang diajukan pada saya oleh ramai orang.
Saya tanam sayur cuma nak cari belanja anak-anak sekolah. Anak saya ramai.
Anak saya sembilan orang. Semua sudah bersekolah. Kalau sehari keluar RM5 pun belanja mereka ke sekolah, dah RM40 sehari. Kalau seminggu dah RM200. Kalau sebulan berapa? . Banyak kan…
Jadi saya dan isteri usahakan bisnes kecil-kecil cari duit jajan sekolah mereka. Kami tanam sayur keliling rumah. Kami cakap pada anak-anak ini cari duit belanja sekolah korang.
Modal fertigasi ni bukanlah mahal sangat kalau buat sendiri. Modalnya sekali je. untuk buat sistem fertigasi lepas tu boleh jaga je tanam berulang kali.
Kami tanam timun, kangkung, sawi, bendi, cili. Tanaman diselang selikan ikut pada musim.
Tujuan kami suami isteri cari sumber pendapatan kecil harian. Dapat hasilnya boleh jual ke pasar. Jangan takut tak boleh jual, barang dah ada tentu ada yang mahu beli.
Jadi kami sediakan tempat untuk anak-anak tolong dan kerja bila ada cuti hujung minggu atau cuti sekolah.
Jadi jam 7 pagi kami sudah berada di kebun. Bukan lama sejam pagi sejam sebelah petang. Dapat juga cari peluh suka-suka dan sihatkan badan.
Anak-anak perlu diberikan pendidikan ikhtiar hidup supaya mereka faham perjalanan kehidupan sebenar. Mereka ada pengalaman dan membantu ibu bapanya.
Kita kena biasakan anak-anak berdikari sejak dari kecil, jangan manjakan sangat dan terus bergantung pada keluarga bila dah besar.
Sebagai ibu bapa, kitalah membentuk keluarga itu bahagia. Betul tak?
Coretan dari page Coach Bahar, seorang ayah dan usahawan berjaya !