(Thailand) RM6,000 Sekilogram – Pokok Ini Akan Membawa Kualiti Kehidupan Yang Lebih Baik…

‘Demam hijau’ mengujakan Thailand, kini kanabis jadi tanaman berharga

(Gambar atas) Pengunjung acara pameran 360 Cannab1s & Hemp for the People mengambil foto pokok gan.ja sempena penganjurannya di wilayah Buriram pada hujung minggu lalu. – Reuters

BURIRAM: Rakyat Thailand berpusu-pusu ke sebuah penganjuran pameran berkaitan potensi kanab1s susulan rasa ingin tahu dan permintaan terhadap bahan daripada pokok gan.ja itu melonjak naik.

Reuters melaporkan, kerajaan Thailand telah membenarkan ekstrak daripada pokok gan.ja terbabit digunakan dalam makanan dan kosmetik dalam usaha terbaharu mempromosi tanaman bernilai tinggi berkenaan.

Sebuah acara telah dianjurkan di wilayah Buriram di timur laut negara itu pada minggu lalu untuk mendidik orang awam mengenai penggunaan kanab1s dan mempromosi perniagaan yang berkaitan dengannya.

Dalam acara itu, pengunjung juga dapat mencuba pelbagai produk seperti mi, aiskrim dan minuman yang mengandungi bahan tersebut.

Hemp adalah antara variasi pokok gan.ja yang mempunyai kandungan CBD (bahan bukan psikoaktif) yang lebih tinggi, dan paras tetrahydrocannabinol (THC) yang lebih rendah.

“Gan.ja adalah bintang utama yang akan membawa kualiti kehidupan yang lebih baik selain mengembalikan wang ke dalam dompet kami, seiring perkembangan ekonomi,” ujar Pengarah Kesihatan Awam Buriram yang juga penganjur acara ‘360 Cannab1s & Hemp for the People’, Withid Sarideechaikoo.

Thailand selama ini sedang berusaha menjadikan pokok gan.ja sebagai tanaman bernilai tinggi manakala syarikat pemproses ubat negara itu, Organisasi Farmaseutikal Kebangsaan, menyatakan bahawa pihaknya sanggup membeli kanab1s dengan 12% CBD (bahan bukan psikoaktif) pada harga 45,000 Baht (RM6,000) sekilogram

Sementara itu, sekumpulan individu bertujuh sudah cukup untuk membentuk sebuah perusahaan desa dengan memohon kebenaran kerajaan bagi menanam gan.ja.

Thailand yang mempunyai tradisi menggunakan kanab1s untuk mengurangkan kesakitan dan keletihan, membenarkan penggunaan gan.ja untuk perubatan dan penyelidikan pada tahun 2017 dalam usaha melonjakkan pendapatan dalam bidang pertanian.

“Dalam pola pemikiran rakyat Thailand, mi sup dengan daging yang lazat perlu dicampurkan gan.ja.
“Benda ini (kanab1s) bukan saja melonjakkan bisnes restoran kami, malah ia menunjangi keseluruhan ekonomi.

Orang mahu menggunakannya dalam makanan hingga ke kosmetik,” kata pengusaha kedai, Sitthichan Wutthiphonkun – Astro awani

Leave a Comment