Thailand Benarkan Perdagangan Pokok Ini Secara Sah

Syarikat swasta Thailand rebut peluang perniagaan gan.ja

Seorang lelaki mendaftar bagi mendapatkan minyak kanab1s untuk tujuan perubatan ketika Pesta Gan.ja Pan Ram di Buritam, Thailand. Gambar AFP

BANGKOK: Semakin banyak syarikat swasta Thailand kini melabur dalam perdagangan gan.ja, bagi mendahului usaha menguasai pasaran Asia.

Perlumbaan itu bermula berikutan keputusan Bangkok membenarkan perdagangan gan.ja dan bahan ekstrak gan.ja diusahakan secara sah.

Penganalisis data gan.ja, Prohibition Partners, menganggarkan nilai pasaran gan.ja Thailand akan mencecah AS$660 juta (RM2.5 bilion) pada 2024 dan sekitar AS$8.5 bilion (RM35 bilion) di seluruh Asia.

Thailand bergerak lebih cepat berbanding negara jiran Malaysia dan Singapura, yang masih berdebat mengenai penggunaan komersial gan.ja serta yakin berada di landasan terbaik untuk menguasai pasaran gan.ja Asia.

Antara lain, gan.ja dan kanabid1ol atau minyak kanab1s (CBD) iaitu sebatian yang tidak mengkhayalkan dibenarkan dalam barang pengguna sejak awal tahun ini.

Keputusan itu bermakna petani kini boleh menanam gan.ja dan tidak lama lagi gan.ja akan dijadikan ramuan campuran dalam minuman, makanan, bahan menyegarkan dalam gel mandian dan sebatian ubat gigi.

Syarikat kosmetik, minuman dan perniagaan produk kini meningkatkan pelaburan untuk mengembangkan pertanian gan.ja serta kilang pengeluar produk gan.ja, yang sebelum ini hanya dibenarkan untuk tujuan penyelidikan.

Berdasarkan peraturan kerajaan Thailand, hanya syarikat dengan milikan saham majoriti warga negara itu saja diberikan lesen untuk penghasilan produk berasaskan gan.ja secara komersial.

Thailand mempunyai sejarah menggunakan gan.ja dalam perubatan tradisional untuk menghilangkan rasa sakit dan sebagai bahan perasa.

Pada 2018, negara itu membenarkan kilang menggunakan bahan tersebut dalam produk makanan, minuman dan penyelidikan perubatan. – AGENSI

Leave a Comment