“Musim perayaan macam ini, susah betul nak kawal makan. Ada saja makanan yang sedap-sedap, undangan ‘open house’ sana sini. Takkan nak pergi dan tengok saja makanan tu. Apa jenis makanan menurunkan berat badan ye?”
Walaupun baru lepas berpuasa selama sebulan, memang susah nak kekalkan momentum diet apabila dihidangkan macam-macam makanan yang istimewa di bulan perayaan.
Rugilah sebab masa berpuasa tempoh hari dapat juga kurangkan berat badan walaupun 1-2 kilogram. Masuk hari raya, musnah semua rancangan diet!
Jadi, apa kata anda banyakkan makan 7 makanan menurunkan berat badan ini. Makan banyak pun takkan rasa bersalah, kerana ia tidak menambahkan kalori mahupun saiz pinggang anda. Malah, membantu untuk mengembalikan bentuk badan yang unggul. Mesti cuba tau!
7 MAKANAN MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT. ADA BUKTI SAINTIFIK!
1. TELUR
Eh, ingatkan telur ini sering dikaitkan dengan kandungan kolesterol yang tinggi?
Satu kajian yang telah dijalankan ke atas 60 wanita yang obes membuktikan memakan telur untuk sarapan pagi lebih cepat mengurangkan berat badan berbanding roti bagel.
Bukan itu saja, saintis menemui bahawa hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan sudahpun terdapat dalam kuning telur.
Menurut penemuan baru berkenaan, ia sama sekali menyingkirkan segala mitos yang mendakwa telur sebagai punca darah tinggi atau kegemukan.
2. SUP
Apa saja jenis makanan yang mengandungi kandungan air tinggi, seperti sup, dapat mengurangkan pengambilan kalori berlebihan.
Saintis mendapati bahawa apa saja makanan yang dijadikan sup akan menjadikan makanan tersebut lebih cepat mengenyangkan. Hasilnya, kita akan makan dalam kuantiti yang kurang berbanding makanan biasa.
3. AVOKADO
Buah avokado adalah sejenis buah yang sangat unik.
Mana tidaknya, buah ini memiliki begitu banyak kandungan ‘lemak sihat’ seperti yang ditemukan dalam minyak zaitun.
Ini menjadikan buah avokado sebagai pelengkap terbaik dalam salad yang dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan.
4. CUKA EPAL
Pengambilan 15-30ml cuka epal atau ‘apple cider vinegar’ setiap hari membantu menurunkan sekurang-kurangnya 1.2-1.7 kg berat badan dalam tempoh 12 minggu.
Selain itu, cuka epal ini membantu menurunkan paras gula dalam badan, lalu menjadikan anda lebih sihat dalam jangka masa panjang.
Selain menambah ke dalam makanan atau salad, kaedah paling mudah mengambilnya adalah dengan mencampurkan cuka epal ini ke dalam air kosong untuk diminum.
5. CILI
Berita baik untuk anda yang gemarkan makanan pedas!
Cili didapati mengandungi capsaicin yang dapat mengawal selera serta meningkatkan proses pembakaran lemak.
Buktinya, capsaicin juga menjadi salah satu ramuan dalam makanan menurunkan berat badan seperti suplemen diet.
6. YOGURT ASLI
Yogurt selalu dikaitkan dengan kesihatan perut. Namun, tahukah anda apa kaitannya dengan menurunkan berat badan?
Apabila perut anda sihat, ia dapat melindungi tubuh anda daripada merembeskan hormon leptin yang dipercayai menyebabkan obesiti.
Sebab itulah anda digalakkan memakan yogurt bagi yang sedang diet. Anda juga boleh menggantikan santan dalam masakan dengan yogurt sebagai alternatif yang lebih sihat.
Tapi, pastikan anda memilih yogurt kurang lemak atau kurang manis ya!
7. BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Seperti yang kita tahu, semua jenis sayuran dan buah-buahan dapat membantu melawaskan sekaligus menjadi agen nyahtoksin yang baik untuk badan.
Dalam banyak-banyak sayuran dan buah-buahan, beberapa jenis yang telah dibuktikan secara saintifik adalah sayuran berdaun hijau, sayuran jenis kubis, buah oren, limau nipis, dan juga ‘grape fruit’.
Salah satu cara paling ‘simple’ untuk anda diet adalah dengan memerah limau nipis pada makanan anda seperti nasi berlauk atau mi goreng.
Selain itu, buatlah jus, ‘smoothies’, salad, tambahkan dalam masakan, atau makan begitu saja. Memang sedap kan?
BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG!
Selain makanan menurunkan berat badan di atas, jangan lupa amalkan meminum air kosong yang mencukupi setiap hari.
Ternyata, sebuah kajian di Tokyo mendapati saiz pinggang mereka yang mengamalkan pengambilan air kosong yang secukupnya adalah lebih kecil serta BMI yang lebih rendah.
Oleh itu, amalkan pengambilan makanan di atas sama ada secara berasingan ataupun dicampur dengan beberapa lagi makanan kegemaran anda. Berkesan! – Siraplimau
Tip & Menu Diet Sihat Boleh Turunkan Berat 3-5kg Sebulan!
Bukan mudah untuk berdiet dan menurunkan berat badan. Segalanya perlukan kegigihan dan semangat yang konsisten. Paling penting berdietlah dengan cara yang sihat, pengambilan saiz hidangan yang betul serta melakukan senaman yang konsisten.
Namun nak buat makanan diet sihat ni bukan mudah, selalunya tak sedap dan kadangkala jemu asyik makan menu yang sama. Mak-mak boleh cuba menu diet sihat yang dikongsikan oleh Scha EllCha ini. Menurut wanita ini, menu diet ini diamalkan secara konsisten boleh menghilangkan berat badan 3 hingga 5 kilogram sebulan.
Berikut perkongsian oleh wanita ini;
“Hari ni MamiScha nak share sedikit tips dan beberapa menu untuk loss weight. Progress MamiScha dulu 10bulan++ MamiScha Loss 24-25kg. Jadi setiap bulan MamiScha loss 2-3kg macam tu. Alhamdulillah”
Amalkan Suku-Suku Separuh – “Slowly but surely. Laju-laju nak pergi mana kan? Hahaha Dalam diet Mami, Mami pentingkan portion. 1/4 Carbs, 1/4 Protein dan 1/2 Fiber. Senang cerita boleh amal macam diet yang KKM sarankan tu. Suku Suku Separuh. Mudah faham.”
Guna Piring Kecil – “Untuk permulaan, boleh cuba makan jaga portion dulu. Then makan dalam piring yang lebih kecil supaya kita rasa makanan tu banyak sangat. Jadi otak pun akan set makanan tu cukup untuk buat kita kenyang”
Minum Segelas Air Sebelum Makan – “Kunyah perlahan, Badan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai kan signal kenyang ke otak, jadi kunyah perlahan. Mulakan dengan air kosong dahulu 1 gelas sebelum makan”
Kurangkan Manis – “Cuba kurangkan makanan dan minuman yang manis-manis. Banyakkan minum air kosong. Untuk permulaan boleh cuba dulu tips mudah yang MamiScha sarankan tu ok”.
Makan 6-7 Kali Sehari – “Dalam post ni Mami share beberapa menu MamiScha. Tak perlu ikut sebijik sebijik pun. Boleh ubah ikut kemampuan masing-masing. Kalau betul-betul follow InsyaALLAH boleh loss 3-5kg sebulan ikut badan masing-masing ya. Menu-menu ni boleh makan untuk breakfast, lunch dan dinner ikut keperluan masing-masing.
“Oh ya, Mami makan 6-7kali tau. Bergantung kepada keperluan mami untuk hari-hari tertentu. Jangan lupa snacking ya gaiss, snacking boleh ambil 2-3jam antara main meal. Boleh ambil healthy snack seperti buah buahan, kekacang, ubi keledek atau sumber protein seperti telur rebus”.
Antara menu diet sihat yang diamalkan berjaya turunkan berat badan;
Info extra – PORTION CONTROL – *1/2 Sayur sayuran (Fiber), *1/4 Karbohidrat, *1/4 Protein
Boleh share. Silakan. Semoga bermanfaat untuk semua.
Admin: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan makin bersemangat untuk berdiet sihat, menurunkan berat badan. Selamat mencuba dan mengamalkannya! – SCha EllCha Lee
P/S: Kepada anda yang betul-betul SERIUS nak turunkan berat badan, min nak rekomen satu e-book PANDUAN MUDAH & TEKNIK CEPAT bakar lemak dengan BERKESAN! min jamin anda TIDAK RUGI lepas membaca kandungan ebook ini. 100% RECOMMENDED!
TEKAN LINK KAT BAWAH NI..
>>>>>> KLIK SINI <<<<<<
>>>>>> KLIK SINI <<<<<<
Semoga bermanfaat. Jangan lupa share pada kawan-kawan anda.