5 Tip Untuk Elak Pokok Sayur Yang Ditanam Kena Serangan Siput

Bagi yang suka berkebun mesti akan stress bila tengok tanaman yang subur tiba-tiba d1serang makhluk perosak. Salah satunya siput.

Boleh habis daun pokok sayur dikerjakannya. Kalau banyak memang geli melihatnya.

Jika berdepan masalah serangan siput ini boleh ikut tip dan petua yang dikongsi oleh warganet di laman Facebook Berkebun Di Rumah.

1. Paling banyak disarankan adalah dengan menabur garam kasar sekeliling pokok untuk elak siput mendekati tanaman dan mat1 bila terkena garam.

2. Jika mahu lebih berkesan boleh gunakan racun siput jenama Esaro (seperti keropok), boleh dibeli di kedai pertanian atau secara online seperti SHOPEE.

3. Sekiranya mahu gunakan cara semula jadi boleh cuba hindarkan masalah siput dengan menabur serbuk kulit telur sekeliling pokok (jemur kulit telur dan tumbuk hingga lumat).

4. Boleh juga kutip terus siput ini pada waktu aktifnya iaitu pada waktu malam dan buang di tempat lain atau hapuskan.

5. Tabur sekam padi yang belum dibakar (boleh ambil di kilang padi berhampiran, atau beli di kedai pertanian / shopee) tabur di sekeliling pokok. Kulit padi sangat baik untuk elakkan siput menjalar ke daun.

Sumber: Vanilakismis.my / Facebook Berkebun D Rumah

Langgan Majalah Digital Pertanian Pertama Di Malaysia!

Leave a Comment