(Gambar) Mangsa menerima rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan. Foto: ihsan pembaca
TELUK INTAN – Seorang warga emas cede.ra paraah selepas d1pukul dengan batang cangkul oleh anak lelakinya dalam kejadian di Kampung Cina Sungai Durian di sini pada Selasa.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 69 tahun mengalami patah tulang dan terkehel siku kanan selain menerima 15 jahitan pada lengan kanan dan kepala.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, siasatan dijalankan selepas menerima laporan daripada menantu mangsa.
“Mangsa mendakwa d1pukul suspek berusia 40 tahun dengan batang cangkul kerana berlaku perselisihan faham mengenai pokok yang ditanam mang.sa.
“Suspek tidak mahu mangsa menanam pokok nangka di kawasan tanah miliknya itu sebelum bertindak agresif,” katanya di sini pada Rabu.
Menurutnya, orang awam ternampak mang.sa menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam keadaan berlumuran dar.ah dipercayai untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan.
“Mang.sa meminta bantuan daripada orang ramai yang terus menghubungi pihak ambulan sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan.
“Kesemua kecederaan yang dialami mangsa berkemungkinan dari hentaman objek keras,” katanya.
Dalam pada itu, Anuar berkata, suspek merupakan seorang penganggur tinggal sendirian di sebuah rumah di lokasi kejadian dan disyaki terlibat dalam penyalahgunan da.dah.
“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau dalam jena.yah dan da.dah.
“Kes d1siasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya – Sinar Harian