Penduduk kutip emas percuma tepi pantai…

BILA sebut sahaja pasal emas, semua orang pasti teruja!

Begitulah juga yang terjadi di Pantai Pohon Batu, Maluku Tengah, Indonesia ini.

Susulan penemuan emas bercampur pasir di pantai tersebut, penduduk tempatan berduyun-duyun merebut peluang mencari kilauan berharga itu.

Menurut laporan CNN Indonesia, emas itu pada mulanya disedari dan dijumpai oleh wanita dikenali Syaridah Arey dan adiknya.

Mereka menemui emas di pantai tersebut secara kebetulan ketika sedang mencari pasir.

“Pada waktu itu saya dan adik saya sedang mencari pasir, tetapi terdapat bijih emas di pasir terbabit,” katanya.

Kemudia Syarifah turut memberitahu penemuan emas itu kepada penduduk sekitar pantai dan rumahnya.

Penduduk yang mendengar segera bergegas dan berduyun-duyun ke pantai berkenaan.

Dengan pelbagai peralatan, penduduk mencari dan teruskan usaha mendapatkan emas di sekitar pantai berkenaan.

Sehingga kini, pantai tersebut itu dikatakan masih padat dengan kehadiran orang ramai yang mencuba nasib untuk mendapatkan emas.

Syarifah turut mengakui bahawa dirinya tidak menyangka berita penemuan biji-bijian emas pada Sabtu minggu lalu akan menjadi viral.

Sementara itu, seorang penduduk Tamilouw, Latif Selanno mengatakan bahawa perkara tersebut bukanlah perkara baru bagi wilayah Maluku itu.

Dia mengakui bahawa pada tahun 2019 dirinya pernah mengutip emas sekitar 100 gram di tempat tersebut.

Bukan hanya di pesisir pantai tersebut bahkan di beberapa tempat yang berhampiran.

Katanya, oleh kerana tular menjadikan ramai orang teruja untuk mencari emas di situ.

Menurutnya, apa yang penting adalah kerajinan diri sendiri untuk mencari emas sekurang-kurangnya satu atau 2 gram sehari sudah mencukupi untuk menyara keluarga.

Wah! Seronoknya mereka dapat mencari emas percuma di pesisir pantai – Kredit Sinarplus

Leave a Comment