Kuantan: Dua wanita warga emas mendakwa kerugian RM50,000 setiap seorang selepas diperdayakan untuk menyertai pelaburan menanam padi di Kemboja, yang disertai mereka sejak tujuh tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasa.tan Jena.yah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 75 dan 65 tahun mendakwa tertarik untuk melabur selepas menyertai jelajah kononnya dibuat sebuah syarikat pelaburan di sebuah hotel terkemuka di sini, sekitar Jun 2014.
“Pada program jelajah itu, mang.sa mendakwa mereka dijanjikan pulangan sebanyak RM52,000 setiap tiga bulan untuk tempoh tiga tahun jika mengambil satu lot padi bernilai RM50,000.
“Mangsa mendakwa mereka menandatangani surat perjanjian sekitar Ogos 2014 selepas membuat bayaran RM50,000 melalui cek yang diserahkan kepada seorang ejen syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata, bagaimanapun kedua-dua mang.sa mendakwa tidak pernah menerima pulangan yang dijanjikan sehingga tahun ini, selain gagal untuk menghubungi ejen syarikat itu menyebabkan mereka berasa diti.pu.
Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kan.un Kesek.saan yang memperuntukkan huku.man pen.jara maksimum 10 tahun dan se.bat dan den.da, jika sa.bit kesala.han – BERNAMA / Harian Metro