Lelaki curi sekampit beras, susu diburu polis

KOTA TINGGI – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki men.curi sekampit beras dan susu selepas memecah masuk sebuah kedai makan di Jalan Indah di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.15 pagi disyaki dilakukan sus.pek yang menaiki motosikal.

Katanya, perlakuan ja.hat itu boleh menyebabkan sus.pek berdepan dengan huku.man pen.jara sehingga lima tahun jika dibuktikan bersa.lah.

“Pihak polis ada menerima laporan dari mang.sa yang dibuat di Balai Polis Kota Tinggi bagaimanapun setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

“Siasa.tan lanjut masih dilakukan termasuklah penelitian menerusi rakaman litar tertutup di mana setakat ini rakaman diperolehi tidak berapa jelas.

“Namun siasa.tan awal mendapati sus.pek melakukan kerja itu bersendirian dimana kehilangan hanya membabitkan sekampit beras 10 kilogram (kg) dan juga satu kotak susu,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disia.sat di bawah Seksyen 457 Ka.nun Kesek.saan.

Jika sa.bit kesala.han boleh dihu.kum denda atau pen.jara sehingga 14 tahun.

Manakala bagi mana-mana kesala.han yang dilakukan kali kedua juga boleh dikenakan denda atau seba.tan.

Difahamkan kejadian berkenaan bukan pertama kali berlaku yang mana sebelum ini melibatkan kehilangan tabung anak yatim yang diletakkan di kedai makan terbabit.

Terdahulu, tular di laman Facebook kejadian cu.ri yang berlaku di kedai makan berkenaan yang menampakkan rakaman seorang lelaki dipercayai suspek menaiki motosikal.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Leave a Comment