Kakitangan Pejabat Hutan Daerah Raub bertindak memusnahkan pokok pisang yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Sempam.- Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
RAUB: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub bertindak tegas dengan mem,usnahkan tanaman pisang, durian Musang King dan Duri Hitam seluas lebih 16.2 hektar yang ditanam secara ha,ram di Kompartmen Satu, Hutan Simpan Sempam, Mukim Tras, di sini.
Pegawai PHD Raub, Shahril Mohamad, berkata operasi mus,nah bermula 9 pagi semalam disertai 14 kakitangan dibantu Unit Tindakan Khas (UTK) Raub dan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, siasa,tan mendapati kawasan berkenaan diteroka dengan tanaman pisang jenis berangan dan sematu berusia empat bulan sementara durian Musang King dan Duri Hitam pula berusia tiga bulan dalam kawasan seluas lebih 16.2 hektar.
Katanya, selain memusnahkan pokok yang ditanam pihaknya turut bertindak me,robohkan pondok atau rumah kongsi sementara dibina, dipercayai tempat tinggal 10 hingga 15 pekerja ladang berkenaan yang bekerja dengan tiga individu.
“Ketika operasi dijalankan pihak kami tidak menemui pekerja dalam kawasan ladang berkenaan, dipercayai mereka terlebih dahulu bertindak meninggalkan tempat itu sebelum ser,buan dilakukan.
“Operasi pemus,nahan ladang ha,ram yang bermula semalam dijangka mengambil masa selama empat hingga lima hari bergantung dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kini,” katanya, dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, usaha memu,snahkan tanaman yang ditanam secara har,am itu mengambil masa panjang kerana mereka yang terbabit dalam operasi itu menggunakan parang untuk menebang lebih 5,300 pokok pisang (4,000) dan durian Musang King serta Duri Hitam (1,300).
Shahril berkata, bentuk muka bumi yang berbukit di kawasan Hutan Simpan Sempam turut menjadi faktor berlaku kelewatan operasi memusnahkan tanaman yang dilakukan secara berterusan.
Katanya, tiga individu dipercayai menjadi dalang meneroka kawasan berkenaan yang terletak di tengah Hutan Simpan Sempam, mereka seolah degil serta cuba mencabar kerajaan negeri dan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).
“Sebahagian pokok pisang jenis berangan dan sematu sudah mengeluarkan hasil dan ia dipercayai dipasarkan di daerah ini.
“Kita tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan individu yang bertindak mencero,boh hutan simpan di daerah ini, tindakan tegas menanti mereka dibawah Akta Perhutanan Negara 1984.
“Kita akan terus berusaha mengesan kegiatan mencero,boh hutan simpan di daerah ini, pelbagai cara akan digunakan bagi memastikan kesalahan itu dapat segera disekat,” katanya – Berita Harian