“Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh” – Warganet Kecewa Terhadap Kenyataan Neelofa…

Semakin lama semakin banyak isu pasal Neelofa ni.. Kali ini lebih hangat dari biasa sehingga ramai yang nak ‘boikot’ keluaran produknya…

Kehidupan seorang selebriti sudah semestinya tidak akan lari jauh daripada perhatian warganet, lebih-lebih lagi apabila perwatakan dan imej segelintir selebriti tanah air kita sering menjadi tumpuan dan dianggap sebagai idola oleh peminat mereka.

Walaupun gelaran ‘selebriti’ diberikan kepada mereka, namun mereka juga merupakan manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Lumrah menjadi seorang selebriti ini akan sentiasa di kecam lebih-lebih lagi apabila perkara yang dimuat naik oleh mereka sangat terkesan oleh warganet.

Terkini, isu yang masih hangat menjadi perbulan warganet di laman sosial mengenai usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa sekali lagi mengundang amarah warganet apabila beberapa kenyataannya di sidang akhbar baru-baru ini berbaur seperti angkuh dan riak.

Menerusi sidang akhbar berkenaan, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana disebabkan warganet yang membuat ‘free marketing‘ ini, beliau mendapat peluang untuk membuka lebih banyak cawangan air yang berjenama itu.

Menurut warganet di Twitter, perbuatan Neelofa diungkapkan seperti menyiram bara api yang sedang hangat membara dek kerana isu ini masih belum diselesaikan. Meninjau di Twitter, majoriti daripada warganet meluahkan perasaan kecewa dengan kenyataan Neelofa yang di anggap bongkak serta tidak menyangka beliau akan mengatakan seperti itu.

Kenyataan Neelofa yang dikatakan berbaur seperti angkuh ini telah membuatkan sesetengah warganet untuk tidak menyokong produk-produk Neelofa lagi.

Bagaimanapun, dalam sidang akhbar berkenaan, Neelofa meminta ruang privasi untuk beliau menyelesaikan kemelut ini bersama pihak atasan. Apa-apa pun, kita mengharapkan ada penjelasan di atas setiap perkara berlaku. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak Neelofa dan pihak berkuasa untuk selesaikan isu ini.

Penulis: Aqilah Paharuzi

Leave a Comment